Wednesday, July 20, 2011

Hidup biarlah Waras



Hiduplah dengan akal dan jiwa yang sebati.

Begitulah adunan yang menjadi doh kehidupan, lebih lengkap dengan perisa Al-Quran dan As-Sunnah.

Masyarakat umum tidak kira dari segi kanak-kanak, remaja, belia mahupun warga tua hari ini, cabaran hidup tidak akan terlepas daripada diari harian. Menjadi rutin yang tidak pernah henti. Sesungguhnya ia sebuah nikmat. Pahit manis kehidupan adalah anugerah. Perjalanan berteman akal waras..

Pertama-tamanya, diri sendiri.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
(layaknya mengganti Karam Sigh, apakan daya, kita sama-sama belajar) ~ selingan lewah

Kita (individu- diri sendiri) perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan agama secukupnya dalam membina ketahanan diri dan iman. Iman yang mantap menjadi senjata, menolak sebarang godaan ke arah jalan yang merosakkan diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
 
Seseorang akan melalui kehidupan yang baik jika berjaya mengharungi cabarannya zamannya dengan tenang, penuh kebaikan, mampu menolak kehendak nafsu. Percayalah, Allah bersama orang yang sabar. Tidak ramai yang sempurna untuk bersama mengimarahkan dunia, namun kepelbagaian inilah yang membuat kita saling membantu dengan keistimewaan yang ada. 
Setiap yang berlaku punya hikmahnya.
Seringkali ayat ini menjadi tatapan halwa telinga. Sesungguhnya ia benar. Allah Maha Adil. Tidak membiarkan hambanya terkontang-kanting memilih haluan hidup. Sedikit yang ditarik, banyak yang diberi. Sehela nafas, sedenyut nadi sudah menjadi bukti keagungan-Nya. Diri sendiri sebagai peminjam wajib mensyukuri.

Kajilah baik buruk setiap tindakan dan tingkah laku sendiri. Bermuhasabah memikirkan kelakuan yang telah dilakukan. Umpama eksperimen, analisa kembali apa yang menjadi aparatus mahupun material yang menjadi pembolehubah manipulasi.
Imam Al-Ghazali pernah berkata " Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti "
Tanamlah identiti dan jati diri yang mantap dalam diri. Berpegang pada misi dan visi seterusnya mencapai kepada matlamat yang ditetapkan. Ya, bisikan syaitan untuk merombak anak Adam itu sentiasa. Di sinilah kekentalan jiwa mengambil alih. Setiap manusia dikurniakan Allah dengan kelebihan yang berbeza-beza. Kelebihan inilah yang menjadi petunjuk kepada diri sendiri untuk membina identiti sendiri.

Mari kita sama-sama membanjiri tanah air ini dengan jiwa kepemimpinan, dengan wajah soleh lagi musleh, berkait pula dengan akhlak dan wawasan, sebagai diri kita sendiri yang impikan kematian dalam kemanisan iman berkonklusikan junjungan tinggi kepada agama. 

Melalui azam untuk meningkatkan kualiti diri melalui akademik dan pembinaan kemahiran insaniah, kita bukan saja sedar dengan matlamat, malah kita tahu untuk menghayun langkah, menjalankan kehidupan tanpa paksaan ataupun merasai kekosongan jiwa. Semuanya bermula dengan diri sendiri untuk mencapai keredhaan daripada Allah.


Kejayaan bukan di depan mata, tetapi dalam genggaman

Ada paduan niat
dicampur ikhlas kemurnian
menjadi acuan kental
perisanya iman dan takwa
usaha juga tawakal

Majlis Tertinggi EAC 2011/12


15 Julai 2011
Bersaksikan Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang

Detik yang memberi salam tahniah dan takziah buat kepimpinan baru. Mereka merupakan insan yang terpilih untuk menjalan tugasan meneruskan legasi Entertainment Of Muslim Art Club selaras dengan matlamatnya.


Semoga kepimpinan baru ini dapat meningkatkan haruman sesebuah erti kekeluargaan sekaligus memelihara matlamatnya dalam masa yang sama menjalankan dakwah. Majlis Tertinggi lama akan sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada Majlis Tertinggi baru dalam bersama menggerakkan amanah.

Portfolio yang dipegang, menjadi bukti amanah untuk kita meneruskan perjuangan sebagai pemimpin. Sentiasa bersedia dengan tugasan, komited dalam mencapai misi dan visi.

Semoga Allah memberkati pimpinan baru EAC juga ahli-ahli EAC yang lain. Teruskan perjuangan kita sebagai khalifah mukabumi ini.

Majlis  Tertinggi EAC 2011/12
Presiden
Raja Amiruddin
Timbalan Presiden I 
Nasrun 
Timbalan Presiden II
Diyana Syafura'a
Setiausaha I 
Nizar Asyraf
Setiausaha II
Nurul Aina 
Bendahari I 
Syahmi 
Bendahari II 
Nur Hayati 
 
Pautan Utama :  http://eac-uitmpahang.com/home/

Akal


Tafakur memang mengajak orang naik keabstrakbi yang tinggi supaya ia turun ke bumi dengan petunjuk yang konkrit. Islam mengajar kita betapa pentingnya revolusi konseptual sebelum revolusi praktikal.

Tindakan perlu disusuli dengan fikiran, akal yang bergerak sebagai mesin fikir dalam menjalankan tindakan. Seorang muslim dituntut secara sedar dengan menggunakan seluruh potensi intelektualnya. Gesaan Al-Quran,
"Katakan apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Tidakkah mereka berfikir"
Surah al'An'am 6:5o

Oleh kerana itulah Rasulullah menyuruh umatnya menggunakan akal untuk berfikir. Penggunaan akal fikiran inilah yang menjadikan seseorang itu faham dan mengerti berkenaan sesuatu perkara. Menurut Muhammad Zakaria Al-Razi (865-925M), rahmat Allah yang tertinggi bagi manusia ialah akal. 

Semua manusia mempunyai kemampuan untuk berilmu melalui akal. Pendidikan dan bimbinganlah yang membezakan taraf pengetahuan dan kematangan diri seseorang. Al-Razi juga berpendapat bahawa akal adalah ukuran, pengendali dan pengatur sehingga manusia mengikut gerak akal. Akal umpama menjadi pengemudi bahtera di lautan kehidupan.

Perbahasan akal menjadi apparatus untuk menyerang pemikiran materialisme. Islam memberi kedudukan yang sangat tinggi kepada akal kerana akal hanya dimiliki oleh manusia dan manusia itu sendiri merupakan ciptaan terbaik Allah s.w.t.

Info : Seni Khat



Berdakwah sekaligus Berseni

 Hat Sanat? - Kaligrafi - Sergisi - ?slami Hat Sanat? , ?slamic Calligraphy

Seni khat adalah seni tulisan Arab yang dikembangkan sebagai satu kaedah untuk memelihara dan mengembangkan ayat suci al-Quran serta kegiatan dakwah .

Penjenamaan khat sebagai aktiviti merupakan salah satu hiburan kepada seseorang. Seni khat yang halus membuat pemerhati cuba menghayati setiap seni yang terkandung dan makna yang tersirat. di sinilah, pemikiran dan pertukaran berlaku. Saling berkongsi ilham, salin bertukar pengalaman mahupun diskusi. Seni khat ini sentiasa mengajar seseorang insan untuk berfikir.  Sepanjang sejarah ketamadunan Islam, hasil penulisan khat dikumpulkan dan sangat dihargai seni halusnya.

Khat atau kaligrafi dalam bahasa Greek, kallos bermaksud cantik. Khas adalah sebuah seni visual seiring dengan seni penulisan. Menurut pentakrifan semasa, amalan khat adalah “seni yang memberi tanda dalam bentuk gambaran , harmoni dan kemahiran” (Mediavila 1996:18)  Khatat merupakan gelaran kepada penulis atau pelukis khat. Golongan ini merupakan seniman dan artis dalam huruf hijahiyyah bahasa Arab. Mereka juga mampu menafsir maksud dalaman bentuk dan jenis khat.  Di zaman sirkulasi semasa ini, seni khat sebenarnya masih berkembang dan menjadi pilihan masyarakat tempatan,Cuma tidak disedari secara langsung.

Seni khat dapat dilihat dalam media seperti logo, reka bentuk grafik, dokumen peringatan, imej dalam filem, wallpaper, lukisan, sijil kelahiran, sijil kematian dan banyak lagi. Seni khat juga telah diperluas melalui rekabentuk yang terdapat pada masjid-masjid dan bangunan. Seni khat ini halus menular secara tidak disedari, namun ia tetap bergerak.  Seni khat berjaya mencuri perhatian beberapa pelukis tempatan. Antaranya , Syed Ahmad Jamal, Mohd Khalid Yusof, Idris Salam dan Omar Basaree.

Pendekatan yang digunakan juga bergantung kepada kemahiran pelukis terbabit. Misalnya syed Ahmad Jamal dan Mohd Khlaid Yusof, mereka menggunakan pendekatan abstrak ekspresionis manakala Idris Salam dan Omar Basaree memperagakannya sebagai hiasan seni bina seperti di Masjid Negara dan Kota Darul Ehsan, Selangor.  Kemeriahan menggunakan seni khat tidak begitu serius diketengahkan malah kurang menggalakkan, khusnya dalam seni catan.

Faktor persekitaran salah satu punca yang menyebabkan seni khat tidak begitu dikenali. Keadaan ini memberi kesan visual kepada masyarakat untuk memahaminya.

Seni khat jika dihayati seninya membawa masyarakat untuk meyelami makna disebalik apa yang tersirat pada seni khat itu sendiri. Seni khat sendiri mempunyai kepelbagaian seperti khat kufi, nash, thuluth, riqah dan sebagainya.  Antara penulis khat terkenal dunia ialah, Mir Emad Hassani (1544-1615) dan Hamid al-Hamidi (1891-1982).



Sebagai khalifah muka bumi ini, kita diberi amanah untuk menjaga keamanan sejagat, begitu juga dengan hubungan. Sebuah matlamat khusus ketamadunan.

Hari Bumi Sedunia yang dikhabarkan pada 22 April merupakan salah satu hari yang mengingatkan kembali kepada bumi kita. Bukan bermaksud pada hari itu sahaja, bumi harus dijaga, malah setiap hari.

Firman Allah menyatakan yang bermaksud:

"Kemudian Dia (Allah) menuju ke arah menciptakan (asal/bahan) langit, sedang langit itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahkum sama ada dengan sukarela atau dengan paksa." Keduanya lalu menjawab: "Kami berdua patuh dan sukarela." (Surah Fushilat : 11).

Sebagai hamba Allah, menyempurnakan lagi peranan kita sebagai khalifah, kita dituntut merenung dan memikirkan kembali penciptaan Allah s.a.w. Setiap yang diciptakan begitu halus hasilnya sehingga manusia sendiri tidak dapat melewati setiap kekuasaanya kerana Allah s.a.w Maha Berkuasa. Subhanallah.
Allahhu Akhbar.

Kita renungkan kejadian langit dan bumi yang amat besar ini serta kandungan kedua-duanya. Bahawa langit dan bumi ini pada asalnya adalah bercantum (sekepal), kerana Allah menjadikan ke dua-duanya mengandungi rencana yang amat besar kepada manusia, lalu Allah dalam proses perjalanan perubahannya, maka Allah pisahkan antara keduanya (antara langit dan bumi). Langit diciptakan Allah pada asalnya daripada wap atau asap, setelah menjadi langit yan amat luas, lalu Allah hiasi dengan berbagai pelita, yakni matahari, bulan, bintang yang tidak terkira jumlahnya baik yang besar atau kecil, jauh atau dekat, bergerak atau diam sebagaimana yang kita saksikan sendiri siang dan malam.

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sekepal), lalu Kami pisahkan antara ke duanya dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup, maka kenapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Al-Anbiya' : 30).

Dengan bukti kekuasaan Allah, kita berpegang teguh.

Tuesday, July 12, 2011

AGM EAC: Let's Start Out Journey


Assalamualaikum...
Annual General Meeting (AGM) EAC kembali lagi menemui anda! Pakat ramai-ramai meriahkan AGM EAC

Tuesday, July 5, 2011

Ya ALLAH , sampaikanlah kami pada bulan ramadhan ..

Assalammualaikum ..

Pejam celik - pejam celik ,
Kita telah tiba dan memasuki bulan Sya'ban ..
Sekejap sahaja masa berlalu, Bagaimana rakan-rakan memanfaatkan bulan Rejab ?

Pasti rakan-rakan sering  berpuasa sunat dan melakukan ibadat-ibadat lain bukan ?
Tahniah buat rakan-rakan ..


Buat yang belum berkesempatan , marilah bersama-sama kita memanfaatkan bulan Sya'ban ini ..

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Ayuh rakan-rakan kita sahut seruan Rasullullah s.a.w !


Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Dan seperti yang kita tahu , Bulan Ramadhan iaitu bulan umat Nabi Muhammad s.a.w akan tiba jua ..
Sahabat , Berdoalah kita agar kita sampai ke Bulan Ramadhan , Penghulu segala bulan .. yang mendatangkan banyak nikmat pada setiap mereka yang beriman .. 


Ya ALLAH , di hari-hari kami , kami banyak melihat maksiat ..


Ya ALLAH ,di hari-hari kami , kami selalu 'riak' dan merasakan kami orang yang solleh daripada orang lain ,
Padahal kami banyak melakukan kemungkaran tidak kurang seperti orang-orang lain di luar sana Ya ALLAH ..


Ampunkan kami Ya ALLAH .....
Ampunkan kami Ya ALLAH ..


Ya ALLAH , kami rindu Ramadhanmu ..
Ya ALLAH , sampaikanlah kami pada bulan Ramadhanmu ....

Saturday, July 2, 2011

Jom.. Solat berjemaah !

Senja datang menjadikan suasana kolej siswa senyap sunyi  ..
Awan kelihatan berwarna oren dan terdetik di hati ini..
keindahan alam ciptaan ALLAH s.w.t ,


Tenang di sudut hati ini mengucapkan syukur kepada ALLAH, kerana diberi peluang berdiri dan melihat keindahan alam ciptaanNYA ..


Terdengar di luar deruan pelajar berpusu-pusu ke kamar kecil untuk membersihkan diri ..


Di samping deruan itu , terdengar satu suara merdu yang menyebut nama ilahi .. Dari samar-samar , suara itu menjadi kuat kedengaran .. Kopiah disarungkan di atas kepala dan mula membuka pintu untuk menyahut seruan ALLAH menunaikan solat di Uwais Al Qarni ..


Bergegas putera-putera ini berjalan menuju ke rumah ALLAH bagi menunaikan solat berjemaah ..
Mereka yakin kata-kata Rasullullah ,


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Dan mereka percaya sebuah cerita tentang ketegasan Rasullullah s.a.w terhadap solat berjemaah


Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Ayuh sahabat ! Mari kita bersama menjadikan bingkasan cerita di atas sebagai satu kisah benar di tempat kita.. Didiklah hati ini agar ALLAH sentisa berada di sisi kita sebagai pelajar muslim .. 

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign