Showing posts with label Laporan aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Laporan aktiviti. Show all posts

Monday, December 12, 2011

KASIMA Disember 2011

 (satu)
Gimik: (dari sudut tepi, booth EAC (dalam perlaksanaan untuk meletakkan papan tanda pada ruangan board-status: tunggu untuk perletakkan yang lebih pragmatik) sejak di awal pukul 8.56 malam; ketika DSG  hangat dengan para pengunjung)


11 Disember 2011

Bertempat di Dewan Serbaguna, (DSG), booth Entertainment Of Muslim Art Club (EAC) telah dapat dibangunkan dengan jayanya berkat rahmat dan berkat daripada Tuhan yang Esa juga tidak ketinggalan kesepaduan dan kesepakatan. Kata orang, muafakat membawa berkat. Insha-Allah. Bersebelahan booth Jualan Majalah Islam ; Gen Q, Solusi, Fardhu Ain, Asuh dsb, EAC antara booth yang berada di tempat yang strategik sekaligus dapat memperkenalkan kepada mahasiswa terutama junior-junior berkenaan hiburan seni Islam yang turut memainkan peranan dalam membawa dakwah sekaligus membuka pemikiran mahasiswa untuk bersama menerokai keindahan Islam itu sendiri.

Semasa proses penerangan kepada ahli baru, pendedahan demi pendedahan mudah diberikan. Apa itu EAC? sebuah kelab seni hiburan Islam dalam menjalankan dakwah. (secara ringkasnya). Penerangan yang diberikan oleh ahli EAC di kaunter EAC kepada para pengunjung bukan saja memberikan kefahaman kepada mereka berkenaan matlamat EAC, malah membuka peluang kepada mereka untuk membina ukhwah kepada sasaran iaitu semua warga kampus.

Permainan yang diadakan pada kali ini agak mencabar para pengunjungnya dengan pelbagai pengisian yang menarik. Jika mahu mengetahui permainan yang menjadi tarikan pengunjung, marilah berkunjung ke booth EAC. Hadiah akan diberikan semasa Annual Meeting EAC, kelak. Datang, jangan tak datang.

Secara zahirnya, untuk entri kali ini, belum lagi memaparkan perjalanan secara teratur. Akan lebih disempurnakan lagi pada entri akan datang. Tunggu....

Sekitar di kaunter pendaftaran:
Risalah baru oleh exco-exco EAC. Ini adalah antara kemahiran insaniah yang diterapkan dalam kalangan ahli dan exco EAC sendiri. Tidak terlepas, design gambar rekaan terbaru.

Pendaftaran ahli dan exco baru di kaunter Muslimin

Pendaftaran ahli dan exco di kaunter Muslimat

Sebelum proses pendaftaran, para pengunjung disertakan dengan penerangan penerangan yang jelas berkenaan keberadaan EAC. Dan kebanyakkan tertarik juga dengan aktiviti yang dijalankan yang sekaligus memupuk kemahiran insaniah mereka dalam mempraktikkan apa yang dipelajari. 

 

Selain mempunyai booth, EAC juga mempunyai gerai makanan untuk kita sama-sama kunjungi. Iaitu di dataran EAC. Esok, masih ada. Datanglah beramai-ramai ke gerai jualan EAC. Gerai jualan EAC ini secara majoritinya dipelopori oleh exco Ekonomi EAC. Di sinilah, mahasiswa EAC belajar untuk menjalankan perniagaan pada masa yang sama, tahu berkenaan selok-belok psikologi para pembeli sekaligus mendidik diri untuk berani berdepan dengan situasi komunikasi dua hala. Semoga menjadi usahawan yang berjaya, kelak.

Gerai jualan EAC turut menjual barangan HPA dan santapan snek panas..

Gerai jualan EAC

Saturday, December 10, 2011

Pengambilan Exco EAC 2011/2012

  (klik gambar untuk siaran yang lebih besar)
Kini kembali sekali lagi untuk pengambilan bakal pemimpin. Kehangatan Karnival Organisasi Mahasiswa (KASIMA) yang bakal berlangsung pada 11 hingga 12 Disember ini. Bukan hanya membuka pengambilan ahli baru dan pemantapan ahli lama, malah membuka peluang kepada mahasiswa UiTM Pahang Kampus Jengka untuk turut sama mengaplikasikan kemahiran insaniah (soft skill) dalam urusan seharian.

EAC atau Entertainment Of Muslim Art Club ( Kelab Seni Hiburan Muslim)
membawa pendekatan kepada kesenian Islam yang sangat meluas mengenai skop hiburan yang memberikan maslahat kepada mahasiswa. EAC merupakan sebuah pertubuhan yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk terus berada di dalam bimbingan syariat, dalam masa yang sama tahu menyeimbangkan rohani dan jasmani saat kita meniti perjalanan duniawi menuju makna ukhrawi.

Pertubuhan ini bukan sahaja memberi peluang kepada mahasiswa untuk menuntut ilmu, malah membina ukhwah sesama mahasiswa dan masyarakat untuk bersama mengimarahkan pengurusan dunia. Banyak faedah yang dapat dikecapi dengan mengenali pertubuhan kelab EAC ini.

Nantikan pembukaan booth EAC yang memberikan penerangan yang begitu mendalam mengenai pengenalan pertubuhan kelab ini di KASIMA kali ini. Ada pelbagai perkara menarik yang bakal berlangsung di booth EAC dengan jayanya. Insha-Allah. Apa tunggu lagi? Mari sama-sama, kita hadiri pembukaan dan penutupannya!

Wednesday, September 7, 2011

Dinner Raya EAC de Aidilfitri

(tekan gambar untuk melihat lebih jelas)

Perkara
Dinner EAC

Tempat
berdekatan Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Pahang, Kampus Jengka

Masa
8.45 malam

Tarikh
12 September 2011

Semua ahli EAC dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis EAC
bawa bersama kuih raya

Aktiviti
Penyampaian hadiah
Sambutan makan malam  dan sambutan raya bersama
dan pelbagai aktiviti menarik




Thursday, August 25, 2011

Gempak Raya Contest


Assalamualaikum pembaca yang dikasihi sekalian.
Ramadhan masih berlangsung. Alhamdulillah kita masih lagi dapat berada di dalam bulan yang mulia ini. Berdiri dan meneruskan rutin harian sebagai seorang insan.
Bagaimana dengan persiapan syawal yang bakal menjelang? Harapnya kita tidak lupa bahawa kita masih berada dalam bulan Ramadhan. Ramadhan banyak mendidik kita untuk mengawal nafsu. Tahniah kepada kalian kerana berjaya menunaikan ibadah puasa ini, tidak lupa dengan ibadah-ibadah lain. ^_^  Alhamdulillah. Kali ini, EAC mengadakan pertandingan dalam talian melalui saluran mukabuku (facebook). 

Dijemput kepada mahasiswa UiTM Pahang, Kampus Jengka untuk sama-sama menyertai pertandingan ini. Mari! Kita gempakkan suasana. Jom raya bersama EAC.
Perhatian: Tarikh tutup 9 September 2011
Hantar dengan menyertai ruang grup Entertainment Of Muslim Art Club
SELAMAT MENCUBA

Friday, August 19, 2011

Perkongsian Esei Sayembara Hari Belia

 Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Insha-Allah.

Penulis merupakan ahli EAC dan bersetuju untuk membuat perkongsian eseinya di blog EAC sendiri. Penulis memenangi tempat saguhati, maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://www.belia2011.org/modules.php?name=News&file=article&sid=36.

Esei,
Sayembara Penulisan dalam Talian
http://www.belia2011.org

Belia pemangkin peradaban 1 Malaysia
Nur Asilah Jamil



1 MALAYSIA merupakan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam menjamin peradaban negara seiring dengan sirkulasi masa kini. Konsepnya membawa masyarakat mengamalkan konsep keadilan dan menolak keras kesamarataan seperti konsep Malaysian Malaysia. Pengalaman 13 Mei 1969 mengajar erti pengalaman untuk terus bersatu padu dan bermuafakat dalam menggerakkan peradaban bangsa 1 Malaysia. Perpaduan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk mengahadapi sebarang cabaran bagi mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Perpaduan inilah yang menjadi sumber kekuatan untuk mempertahankan kedamaian negara Malaysia.

Tiga teras gagasan yang menjadi pegangan konsep 1 Malaysia berasaskan penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial. Rakyat Malaysia mempunyai cara hidup amalan kebudayaan yang berpuspawarna, saling menerima antara satu sama lain seperti rakan setia. Begitu juga dengan teras kenegaraan yang membawa masyarakat untuk menyerap semangat perpaduan, nasionalisme dan patriotisme. Keadilan sosial merupakan satu penjenamaan dalam kebajikan masyarakat Malaysia dan tuntutan yang dilaksanakan dijalankan dengan adil. Asas-asas inilah yang dipegang untuk berdepan dengan cabaran perpaduan kaum di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum khususnya Melayu, Cina dan India serta bumiputer yang merupakan golongan majoriti. Dasar-dasar yang dibentangkan dan dijalankan oleh kerajaan jelas menunjukkan kesungguhan dalam menjamin keamanan Negara sekaligus menyuburkan nilai aspirasi dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini. Hal ini demikian kerana konsep 1 Malaysia yang telah menggabungkan pelbagai aspek demi menyuburkan perpaduan dalam setiap diri masyarakat.

Di sinilah peranan belia yang menjadi nadi utama negara memainkan peranan dalam menggerakkan dasar yang sudah termaktub. Belia merupakan aset negara, penyumbang ketamadunan. Cabaran akan hadir apabila peranan dimainkan. Inilah yang membentuk kematangan dalam menjalankan tindakan. Belia yang bijak ialah belia yang berfikir dengan akal yang waras. Karektor belia yang berfikiran terbuka, interaksinya meluas dan berkemahiran insaniah yang melibatkan elemen kognitif juga merupakan langkah proaktif para belia untuk mengharungi getir cabaran negara membangun.

Perpaduan merupakan salah satu jalan terbaik dalam mendepani cabaran yang datang. Tidak hairanlah dengan gejala sosial yang semakin bertambah hanya kerana tindakan belia di luar batasan. Kesepaduan masyarakat dan belia yang hidup saling berpimpinan membawa kita untuk mendekati antara satu sama lain dan menyelami hati dan suara masing-masing. Kerja berpasukan memberi impak kepada mereka untuk bekerja bersama-sama tanpa sebarang syarat mahupun dianaktirikan. Rasa tanggungjawab inilah yang mencetuskan revolusi pemikiran dalam tindakan dan membuat keputusan dengan baik dan pantas (critical thinking). Di sinilah peranan mereka dalam menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul seperti idea untuk inovasi pembangunan, surat kepada perdana menteri yang bergerak seiring dengan perlaksanaan dan suara rakyat. Pencapaian rakyat begitu diutamakan sehinggakan Perdana Menteri kita sanggup turun padang bersama-sama rakyat, menyelami jiwa rakyat sekaligus merasai kemesraan antara jalinan pemimpin dan rakyat.

Menerusi konsep Rukun Negara, konsep 1 Malaysia yang digagaskan dapat diperjuangkan kerana segala yang terkandung dalam Rukun Negara sendiri telah terangkumnya gagasan yang berasas. Sembilan nilai aspirasi yang ditekankan salah satu cara untuk berdepan dengan cabaran. Antara nilai aspirasi yang terkandung dalam sembilan aspek terdiri daripada integriti, ketabahan, inovasi, membudayakan ilmu, berprestasi tinggi, kesetiaan, ketepatan dan meritokrasi inilah yang mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian rakyat Malaysia.

Belia merupakan antara golongan yang menjadi pemimpin generasi masa hadapan. Sumbangan dari segi pemikiran mereka yang segar membawa kerajaan untuk menyenaraikan ilham-ilham yang membangunkan negara. Memang benar belia aspirasi negara. Khidmat yang diberikan sekaligus menjadikan salah satu pengorbanan mereka walaupun tidak mengeluarkan peluh, namun buah fikiran merekalah yang menjadikan negara  kita terus berada di mercu kejayaan.

Saya titip dari satu laman sesawang di  http://www.ippbm.gov.my di mana terdapatnya penjelasan yang diberikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkenaan gagasan 1 Malaysia bergerak seiring dengan perpaduan,
 “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

            Belia menjadi sumber pemangkin peradaban 1 Malaysia dan merupakan golongan yang menjadi penyumbang kepada penjenamaan ekonomi, sosial dan pentadbiran. Dalam melahirkan belia yang mempunyai semangat kenegaraan, pelbagai pendedahan telah dilaksanakan untuk memberi ruang kepada belia mengenali dan menghayati makna kesetiaan. Contoh yang dapat kita lihat, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) yang dianjurkan telah menerapkan nilai-nilai patriotisme dan saling berkerjasama dalam menggerakkan sesuatu pekerjaan sekaligus menjadikan setiap pesertanya mengenali antara satu sama lain.

            Secara tuntasnya dapat kita lihat bahawa generasi belia merupakan golongan harapan negara yang akan memandu pergerakkan negara. Inovasi dan anjakan paradigma yang dilakukan belia ini menjadi langkah mereka untuk bersama-sama membangunkan negara. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kita sama-sama merasakan nikmat yang terpahat dan bersama-sama mengharungi cabaran negara. Sikap rakyat Malaysia inilah yang menjadi tonggak kepada pembentukkan belia yang mempunyai nilai-nilai aspirasi seterusnya menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mencapai matlamat.  Jadilah belia yang mempunyai rasional pemikiran dan berideologi. Pemikiran dan nilai murni jati diri menghasilkan perlaksanaan positif belia untuk bijak memimpin negara.

Monday, August 15, 2011

Syoknya Riadah di Bulan Puasa

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Apa khabar? Salam kasieh ltv
Bagaimana dengan ibadah puasa? Sudah menjelang setengah bulan kita berdepan dengan nikmat Ramadhan 1432 H. Bulan purnama menyinari malam hari. Siangnya diisi dengan aktiviti bermanfaat, mengimarahkan bumi tuhan.

Alhamdulillah, syukur kita dapat menikmati kehidupan ini. Apa pun kesihatan tetap perlu dijaga sepanjang masa, tidaklah amalan ibadat kita terganggu.

Syoknya Riadah Di Bulan Puasa. Sebuah aktiviti anjuran EAC yang dapat mengisi masa mahasiswa dengan aktiviti riadah yang bermanfaat.  MAri adik-adik EAC sekalian. Anda dijemput hadir ke riadah. Permainan menarik disediakan. Insha-Allah.



Saturday, August 6, 2011

Tayangan Filem Mihrab Cinta


Judul Filem : Mihrab Cinta
Jam : 8.30 Malam
Tempat: Dewan Serbaguna UiTM Pahang, Cawangan Jengka
Tarikh: 31 Julai 2011
Hari : Ahad

Laporan:
Alhamdulillah tayangan Mihrab Cinta telah dapat diadakan seperti yang telah dirancang. Tayangan filem merupakan salah satu aktiviti riadah untuk bersama membawa mahasiswa untuk mendekati pembawaan kehidupan Islam dalam kehidupan seharian. Filem ini telah diadaptasi dariapada novel karya Habiburrahman El-Shirazy

Selepas tayangan, pelbagai soalan quiz telah diadakan untuk melihat kefahaman mahasiswa dan hadiah-hadiah menarik telah diberikan kepada mahasiswa yang proaktif dalam memberikan jawapan berkaitan dengan quiz yang telah disediakan. Syabas diucapkan.

Selain daripada itu, EAC juga turut menyediakan jualan seperti baju, makanan, minyak wangi dan sebagainya. 

Selektif:

Gerai Jualan

Produksi Kemudi Multimedia (Muslimin)

Riadah Minda, Ukhwah Terbina



Aktiviti : Riadah Minda, Ukhwah Terbina
Reunion Akademi EAC

Tarikh : 31 Julai 2011
Hari : Ahad
Masa : 5 Petang
Tempat : Padang Rumah Tamu UiTM Pahang, Cawangan Jengka
Aktiviti : Riadah Minda

Laporan ringkas:
Alhamdulillah, program Riadah Minda, Ukhwah Terbina anjuran EAC ini mendapat sambutan daripada kalangan ahli akademi. Ahli akademi merupakan ahli yang aktif dalam mengekalkan silaturahim seterusnya bersama menghamparkan layar dakwah dan ukhwah.

Aktiviti yang diadakan merupakan permainan pecah kepala di mana setiap kumpulan bertanggungjawab mengingati formula-formula yang diberikan selain melahirkan generasi ulul albab.

Komen salah seorang peserta sempat diambil, "permainan ini (permainan pecah kepada - berkaitan minda) telah dapat memperluaskan lagi konsep kefahaman dalam mengingati sesuatu formula selain merapatkan ukhwah antara ahli-ahli yang hadir"

Alhamdulillah, banyak komentar positif yang telah diterima. Setiap permainan ini, mempunyai objektif yang kukuh dalam menggerakkan matlamat persaudaraan itu sendiri.

Refleksi:
Ucapan terima kasih kepada ahli akademi EAC yang hadir meramaikan aktiviti riadah ini sekaligus merapatkan ukhwah antara mentor dan mentee. Semoga ukhwah yang terbina ini terus berkekalan. Insha-Allah.

Salam manis daripada Entertainment Of Muslim Art Club.

Wednesday, July 20, 2011

Majlis Tertinggi EAC 2011/12


15 Julai 2011
Bersaksikan Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang

Detik yang memberi salam tahniah dan takziah buat kepimpinan baru. Mereka merupakan insan yang terpilih untuk menjalan tugasan meneruskan legasi Entertainment Of Muslim Art Club selaras dengan matlamatnya.


Semoga kepimpinan baru ini dapat meningkatkan haruman sesebuah erti kekeluargaan sekaligus memelihara matlamatnya dalam masa yang sama menjalankan dakwah. Majlis Tertinggi lama akan sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada Majlis Tertinggi baru dalam bersama menggerakkan amanah.

Portfolio yang dipegang, menjadi bukti amanah untuk kita meneruskan perjuangan sebagai pemimpin. Sentiasa bersedia dengan tugasan, komited dalam mencapai misi dan visi.

Semoga Allah memberkati pimpinan baru EAC juga ahli-ahli EAC yang lain. Teruskan perjuangan kita sebagai khalifah mukabumi ini.

Majlis  Tertinggi EAC 2011/12
Presiden
Raja Amiruddin
Timbalan Presiden I 
Nasrun 
Timbalan Presiden II
Diyana Syafura'a
Setiausaha I 
Nizar Asyraf
Setiausaha II
Nurul Aina 
Bendahari I 
Syahmi 
Bendahari II 
Nur Hayati 
 
Pautan Utama :  http://eac-uitmpahang.com/home/

Saturday, June 18, 2011

KASIMA

Salam Kasieh daripada EAC

Perkara : Karnival Organisasi Mahasiswa (KASIMA)
Tarikh: 18 Jun 2011 – 19 Jun 2011
Tempat: Dewan Serbaguna UiTM Pahang







EAC turut berada di booth sepanjang program KASIMA yang diadakan bagi memudahkan pengenalan persatuan EAC kepada warga UiTM Jengka, Pahang khususnya pengambilan ahli baru dan ahli lama. Turut hadir, Encik Muhammad Mokhtar B. Samat sebagai perasmi majlis KASIMA.


Sepanjang program berlangsung, EAC dan persatuan-persatuan lain akan mengadakan pelbagai aktiviti di setiap booth masing-masing. Pelbagai persembahan menjadi akan dipersembahkan daripada kalangan pelajar UiTM Jengka, Pahang sendiri. 


Di booth EAC, kami menyediakan pelmacam jualan, permainan, tayangan EAC TV dan pelmacam aktivti. Aktiviti yang diadakan adalah dengan kerjasama setiap ahli EAC dan sokongan mahasiswa. 


*Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di booth EAC
Datanglah beramai-ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut sekaligus mengimarahkan program KASIMA.




Thursday, June 16, 2011

PENANTIAN DI ALAM BARZAKH



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah akhirnya EAC telah berjaya mengadakan program PENANTIAN DI ALAM BARZAKH dan kami merupakan kelab yang berkerjasama dgn MPP. Secara keseluruhan objektif pada malam itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. MPP sangat memberi kami tunjuk ajar dan memberi kami kebebasan dalam melontarkan idea-idea di dalam program pada malam itu.

Selain itu Kami juga berjaya melakonkan satu teater gambaran bagaimana keadaanya seseorang hamba Allah itu apabila berada di Alam Barzakh. Bagi kami bukan kejayaan yang kami cari tetapi, usaha untuk ingat memperingati antara satu sama lain. Itulah tujuan kami. Kita sedar, kehidupan kita di dunia ini hanya sementera. 


Gambar-gambar yang sempat kami ambil pada hari kejadian

  

Para pelakon untuk teater "PENANTIAN DI ALAM BARZAKH"

                
        

"Para pelakon berjalan dari pintu hadapan ke atas pentas"
                       


Papan tanda teater





Pelakon mayat yang memberikan impak kepada penonton
EAC bukan mengharapkan penghargaan dari pihak kampus, tetapi objektif yang kami ingin sampaikan kami harap terlaksana dan tercapai dan dapat diterima oleh mahsiswa/mahasiswi uitm PAHANG. Sama-samalah kita menjadikan kampus kita sifar maksiat dan ingatlah bahawa mati itu pasti dan marilah kita memperbanyakkan amalan kita.
















 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign