Senja datang menjadikan suasana kolej siswa senyap sunyi ..
Awan kelihatan berwarna oren dan terdetik di hati ini..
keindahan alam ciptaan ALLAH s.w.t ,
Tenang di sudut hati ini mengucapkan syukur kepada ALLAH, kerana diberi peluang berdiri dan melihat keindahan alam ciptaanNYA ..
Terdengar di luar deruan pelajar berpusu-pusu ke kamar kecil untuk membersihkan diri ..
Di samping deruan itu , terdengar satu suara merdu yang menyebut nama ilahi .. Dari samar-samar , suara itu menjadi kuat kedengaran .. Kopiah disarungkan di atas kepala dan mula membuka pintu untuk menyahut seruan ALLAH menunaikan solat di Uwais Al Qarni ..
Bergegas putera-putera ini berjalan menuju ke rumah ALLAH bagi menunaikan solat berjemaah ..
Mereka yakin kata-kata Rasullullah ,
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Dan mereka percaya sebuah cerita tentang ketegasan Rasullullah s.a.w terhadap solat berjemaahSolat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ayuh sahabat ! Mari kita bersama menjadikan bingkasan cerita di atas sebagai satu kisah benar di tempat kita.. Didiklah hati ini agar ALLAH sentisa berada di sisi kita sebagai pelajar muslim ..Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
0 comments:
Post a Comment
Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.