Wednesday, July 20, 2011



Sebagai khalifah muka bumi ini, kita diberi amanah untuk menjaga keamanan sejagat, begitu juga dengan hubungan. Sebuah matlamat khusus ketamadunan.

Hari Bumi Sedunia yang dikhabarkan pada 22 April merupakan salah satu hari yang mengingatkan kembali kepada bumi kita. Bukan bermaksud pada hari itu sahaja, bumi harus dijaga, malah setiap hari.

Firman Allah menyatakan yang bermaksud:

"Kemudian Dia (Allah) menuju ke arah menciptakan (asal/bahan) langit, sedang langit itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahkum sama ada dengan sukarela atau dengan paksa." Keduanya lalu menjawab: "Kami berdua patuh dan sukarela." (Surah Fushilat : 11).

Sebagai hamba Allah, menyempurnakan lagi peranan kita sebagai khalifah, kita dituntut merenung dan memikirkan kembali penciptaan Allah s.a.w. Setiap yang diciptakan begitu halus hasilnya sehingga manusia sendiri tidak dapat melewati setiap kekuasaanya kerana Allah s.a.w Maha Berkuasa. Subhanallah.
Allahhu Akhbar.

Kita renungkan kejadian langit dan bumi yang amat besar ini serta kandungan kedua-duanya. Bahawa langit dan bumi ini pada asalnya adalah bercantum (sekepal), kerana Allah menjadikan ke dua-duanya mengandungi rencana yang amat besar kepada manusia, lalu Allah dalam proses perjalanan perubahannya, maka Allah pisahkan antara keduanya (antara langit dan bumi). Langit diciptakan Allah pada asalnya daripada wap atau asap, setelah menjadi langit yan amat luas, lalu Allah hiasi dengan berbagai pelita, yakni matahari, bulan, bintang yang tidak terkira jumlahnya baik yang besar atau kecil, jauh atau dekat, bergerak atau diam sebagaimana yang kita saksikan sendiri siang dan malam.

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sekepal), lalu Kami pisahkan antara ke duanya dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup, maka kenapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Al-Anbiya' : 30).

Dengan bukti kekuasaan Allah, kita berpegang teguh.

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign