Tuesday, September 6, 2011

Ilmu Pengetahuan akan menjaga dirimu sedangkan harta akan membuatmu lelah untuk menjaganya

Nota: Ceritera ini mengembalikan kita ke zaman kanak-kanak, di mana kita sering menjadi pendengar setia saat ceritera-ceritera menjadi halwa telinga. Kisah-kisah ini dicuplik daripada buku 4o Kisah Sebelum Anak Tidur hasil karya Najwa Hussein Abdul Aziz. Sekali-sekala, kenangan dan ceritera zaman kanak-kanak menjadi penghibur kepada kita saat bergelar insan yang semakin meningkat dewasa. Kita terapkan buat generasi akan datang. . Tidak perlulah kita menafikan kenangan yang memberi teladan kerana ia sebuah pengalaman. Pengalaman yang membentuk kedewasaan dan kematangan.


Ilmu Pengetahuan akan menjaga dirimu sedangkan harta akan membuatmu lelah untuk menjaganya
Pada zaman dahulu, di kota Basrah (Iraq), manusia saling berselisih faham mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan harta.
Sebahagian daripadanya mengatakan, “ilmu pengetahuan lebih penting daripada harta.” Sebahagian lagi pula mengatakan, harta lebih penting daripada ilmu pengetahuan.” Akhirnya, mereka mengunjungi seorang ulama untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Ulama itu kemudiannya berkata, “katakanlah kepada mereka bahawa ilmu pentehaun itu lebih penting daripada harta.” Orang yang bertanyakan kepada ulama tersebut mencelah, “apa yang harus aku katakana sebab dan alasan di sebalik jawapanmu itu kepada mereka?”
Ulama itu menjawab, “katakanlah kepada mereka bahawa ilmu pengetahuan itu ialah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan Fir’aun. Ilmu pengetahuan adalah pendinding dirimu sedangkan harta membuatkan kamu bertugas untuknya.
Ilmu pengetahuan adalah pemberian Allah s.w.t. yang tidak dianugerahkan kecuali kepada orang yang mencintai-Nya. Allah s.w.t. berfirman, “Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya  Kami jadikan bagi  orang-orang yang kufur ingkar kepada tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka naik turun  di atasnya (dari perak juga).” (Az-Zukhuf:33)
Semakin luas ilmu pentahuan itu disebarkan, semakin bertambah keberkatakan seseorang itu. Ini sebaliknya dengan harta, semakin banyak yang dibelanjakan, semakain berkuranglah jumpalahnya.
Setelah pemilik harta tersebut meninggal dunia, segala kenangan tentang dirinya akan turut lenyap. Keadaaan ini berbeza dengan orang yang memiliki ilmu pengetahuan, walaupun dia telah meninggal dunia, tetapi kenangan tentang dirinya akan kekal abadi dan terus diingati.
Orang yang memiliki harta akan mati, sedangkan orang yang memiliki ilmu pengetahuan tidak pernah mati ilmunya. Orang yang memiliki harta akan ditanya Allah s.w.t. di hari kiamat nanti dari mana datangnya wang itu? Ke mana wang tersebut dibelanjakan? Orang yang memiliki ilmu pengetahuan  akan diangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t., sebagaimana disebutkan dalam al-Quran,
“Katakanlah lagi (kepadanya):Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar:9)

1 comments:

ariff hashim said...

terbaek..alhamdulillah, dapat ilmu baru di sini..=)

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign