Ilmu Pengetahuan akan menjaga dirimu sedangkan harta akan membuatmu lelah untuk menjaganya
Pada zaman dahulu, di kota Basrah (Iraq), manusia saling berselisih faham mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan harta.
Sebahagian daripadanya mengatakan, “ilmu pengetahuan lebih penting daripada harta.” Sebahagian lagi pula mengatakan, harta lebih penting daripada ilmu pengetahuan.” Akhirnya, mereka mengunjungi seorang ulama untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Ulama itu kemudiannya berkata, “katakanlah kepada mereka bahawa ilmu pentehaun itu lebih penting daripada harta.” Orang yang bertanyakan kepada ulama tersebut mencelah, “apa yang harus aku katakana sebab dan alasan di sebalik jawapanmu itu kepada mereka?”
Ulama itu menjawab, “katakanlah kepada mereka bahawa ilmu pengetahuan itu ialah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan Fir’aun. Ilmu pengetahuan adalah pendinding dirimu sedangkan harta membuatkan kamu bertugas untuknya.
Ilmu pengetahuan adalah pemberian Allah s.w.t. yang tidak dianugerahkan kecuali kepada orang yang mencintai-Nya. Allah s.w.t. berfirman, “Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka naik turun di atasnya (dari perak juga).” (Az-Zukhuf:33)
Semakin luas ilmu pentahuan itu disebarkan, semakin bertambah keberkatakan seseorang itu. Ini sebaliknya dengan harta, semakin banyak yang dibelanjakan, semakain berkuranglah jumpalahnya.
Setelah pemilik harta tersebut meninggal dunia, segala kenangan tentang dirinya akan turut lenyap. Keadaaan ini berbeza dengan orang yang memiliki ilmu pengetahuan, walaupun dia telah meninggal dunia, tetapi kenangan tentang dirinya akan kekal abadi dan terus diingati.
Orang yang memiliki harta akan mati, sedangkan orang yang memiliki ilmu pengetahuan tidak pernah mati ilmunya. Orang yang memiliki harta akan ditanya Allah s.w.t. di hari kiamat nanti dari mana datangnya wang itu? Ke mana wang tersebut dibelanjakan? Orang yang memiliki ilmu pengetahuan akan diangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t., sebagaimana disebutkan dalam al-Quran,
“Katakanlah lagi (kepadanya):Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar:9)
1 comments:
terbaek..alhamdulillah, dapat ilmu baru di sini..=)
Post a Comment
Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.