Selamat Datang ke Laman Blog Entertainment of Muslim Art Club (EAC). Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog kami. Semoga sahabat-sahabat memperoleh manfaat dan sentiasa dalam keredhaanNya. InsyaAllah.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
Ramadhan masih berlangsung. Alhamdulillah kita masih lagi dapat berada di dalam bulan yang mulia ini. Berdiri dan meneruskan rutin harian sebagai seorang insan.
Bagaimana dengan persiapan syawal yang bakal menjelang? Harapnya kita tidak lupa bahawa kita masih berada dalam bulan Ramadhan. Ramadhan banyak mendidik kita untuk mengawal nafsu. Tahniah kepada kalian kerana berjaya menunaikan ibadah puasa ini, tidak lupa dengan ibadah-ibadah lain. ^_^ Alhamdulillah. Kali ini, EAC mengadakan pertandingan dalam talian melalui saluran mukabuku (facebook).
Dijemput kepada mahasiswa UiTM Pahang, Kampus Jengka untuk sama-sama menyertai pertandingan ini. Mari! Kita gempakkan suasana. Jom raya bersama EAC.
Perhatian: Tarikh tutup 9 September 2011
Hantar dengan menyertai ruang grup Entertainment Of Muslim Art Club
Kali ini Yahoo memperkenalkan YM versi terbaru 2011. Apa yang menarik ia boleh diintergrasikan dengan facebook chat. Sahabat-sahabat mujahid dah pakai ?.
YM! 11 Beta Mengintegrasikan Facebook Chat
Dalam usaha untuk menjadi salah satu hab sosial terkemuka, kini Yahoo! memperkenalkan Yahoo! Messenger Beta yang baru, dimana melaluinya, ianya membawakan pelbagai integrasi termasuk kemaskini daripada Yahoo! Pulse, Flickr, Facebook dan juga Twitter terus daripada klien Yahoo! Messenger 11 Beta yang baru ini Selain daripada integrasi tersebut, Yahoo! Messenger 11 Beta juga turut membolehkan para pengguna bermain permainan sosial daripada Zynga, dan beberapa penyedia permainan lain dengan mudah. Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat dan meninggalkan komen, serta “Like” kemaskini status rakan mereka daripada Facebook dan Twitter.
Anda juga boleh bersembang dengan rakan-rakan Facebook anda dengan pengintegrasian Facebook Chat yang dibawakan oleh Yahoo! Messenger 11 Beta.
1 MALAYSIA merupakan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam menjamin peradaban negara seiring dengan sirkulasi masa kini. Konsepnya membawa masyarakat mengamalkan konsep keadilan dan menolak keras kesamarataan seperti konsep Malaysian Malaysia. Pengalaman 13 Mei 1969 mengajar erti pengalaman untuk terus bersatu padu dan bermuafakat dalam menggerakkan peradaban bangsa 1 Malaysia. Perpaduan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk mengahadapi sebarang cabaran bagi mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Perpaduan inilah yang menjadi sumber kekuatan untuk mempertahankan kedamaian negara Malaysia.
Tiga teras gagasan yang menjadi pegangan konsep 1 Malaysia berasaskan penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial. Rakyat Malaysia mempunyai cara hidup amalan kebudayaan yang berpuspawarna, saling menerima antara satu sama lain seperti rakan setia. Begitu juga dengan teras kenegaraan yang membawa masyarakat untuk menyerap semangat perpaduan, nasionalisme dan patriotisme. Keadilan sosial merupakan satu penjenamaan dalam kebajikan masyarakat Malaysia dan tuntutan yang dilaksanakan dijalankan dengan adil. Asas-asas inilah yang dipegang untuk berdepan dengan cabaran perpaduan kaum di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum khususnya Melayu, Cina dan India serta bumiputer yang merupakan golongan majoriti. Dasar-dasar yang dibentangkan dan dijalankan oleh kerajaan jelas menunjukkan kesungguhan dalam menjamin keamanan Negara sekaligus menyuburkan nilai aspirasi dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini. Hal ini demikian kerana konsep 1 Malaysia yang telah menggabungkan pelbagai aspek demi menyuburkan perpaduan dalam setiap diri masyarakat.
Di sinilah peranan belia yang menjadi nadi utama negara memainkan peranan dalam menggerakkan dasar yang sudah termaktub. Belia merupakan aset negara, penyumbang ketamadunan. Cabaran akan hadir apabila peranan dimainkan. Inilah yang membentuk kematangan dalam menjalankan tindakan. Belia yang bijak ialah belia yang berfikir dengan akal yang waras. Karektor belia yang berfikiran terbuka, interaksinya meluas dan berkemahiran insaniah yang melibatkan elemen kognitif juga merupakan langkah proaktif para belia untuk mengharungi getir cabaran negara membangun.
Perpaduan merupakan salah satu jalan terbaik dalam mendepani cabaran yang datang. Tidak hairanlah dengan gejala sosial yang semakin bertambah hanya kerana tindakan belia di luar batasan. Kesepaduan masyarakat dan belia yang hidup saling berpimpinan membawa kita untuk mendekati antara satu sama lain dan menyelami hati dan suara masing-masing. Kerja berpasukan memberi impak kepada mereka untuk bekerja bersama-sama tanpa sebarang syarat mahupun dianaktirikan. Rasa tanggungjawab inilah yang mencetuskan revolusi pemikiran dalam tindakan dan membuat keputusan dengan baik dan pantas (critical thinking). Di sinilah peranan mereka dalam menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul seperti idea untuk inovasi pembangunan, surat kepada perdana menteri yang bergerak seiring dengan perlaksanaan dan suara rakyat. Pencapaian rakyat begitu diutamakan sehinggakan Perdana Menteri kita sanggup turun padang bersama-sama rakyat, menyelami jiwa rakyat sekaligus merasai kemesraan antara jalinan pemimpin dan rakyat.
Menerusi konsep Rukun Negara, konsep 1 Malaysia yang digagaskan dapat diperjuangkan kerana segala yang terkandung dalam Rukun Negara sendiri telah terangkumnya gagasan yang berasas. Sembilan nilai aspirasi yang ditekankan salah satu cara untuk berdepan dengan cabaran. Antara nilai aspirasi yang terkandung dalam sembilan aspek terdiri daripada integriti, ketabahan, inovasi, membudayakan ilmu, berprestasi tinggi, kesetiaan, ketepatan dan meritokrasi inilah yang mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian rakyat Malaysia.
Belia merupakan antara golongan yang menjadi pemimpin generasi masa hadapan. Sumbangan dari segi pemikiran mereka yang segar membawa kerajaan untuk menyenaraikan ilham-ilham yang membangunkan negara. Memang benar belia aspirasi negara. Khidmat yang diberikan sekaligus menjadikan salah satu pengorbanan mereka walaupun tidak mengeluarkan peluh, namun buah fikiran merekalah yang menjadikan negara kita terus berada di mercu kejayaan.
Saya titip dari satu laman sesawang di http://www.ippbm.gov.my di mana terdapatnya penjelasan yang diberikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkenaan gagasan 1 Malaysia bergerak seiring dengan perpaduan,
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
Belia menjadi sumber pemangkin peradaban 1 Malaysia dan merupakan golongan yang menjadi penyumbang kepada penjenamaan ekonomi, sosial dan pentadbiran. Dalam melahirkan belia yang mempunyai semangat kenegaraan, pelbagai pendedahan telah dilaksanakan untuk memberi ruang kepada belia mengenali dan menghayati makna kesetiaan. Contoh yang dapat kita lihat, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) yang dianjurkan telah menerapkan nilai-nilai patriotisme dan saling berkerjasama dalam menggerakkan sesuatu pekerjaan sekaligus menjadikan setiap pesertanya mengenali antara satu sama lain.
Secara tuntasnya dapat kita lihat bahawa generasi belia merupakan golongan harapan negara yang akan memandu pergerakkan negara. Inovasi dan anjakan paradigma yang dilakukan belia ini menjadi langkah mereka untuk bersama-sama membangunkan negara. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kita sama-sama merasakan nikmat yang terpahat dan bersama-sama mengharungi cabaran negara. Sikap rakyat Malaysia inilah yang menjadi tonggak kepada pembentukkan belia yang mempunyai nilai-nilai aspirasi seterusnya menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mencapai matlamat. Jadilah belia yang mempunyai rasional pemikiran dan berideologi. Pemikiran dan nilai murni jati diri menghasilkan perlaksanaan positif belia untuk bijak memimpin negara.
Nota: Ceritera ini mengembalikan kita ke zaman kanak-kanak, di mana kita sering menjadi pendengar setia saat ceritera-ceritera menjadi halwa telinga. Kisah-kisah ini dicuplik daripada buku 4o Kisah Sebelum Anak Tidur hasil karya Najwa Hussein Abdul Aziz. Sekali-sekala, kenangan dan ceritera zaman kanak-kanak menjadi penghibur kepada kita saat bergelar insan yang semakin meningkat dewasa. Kita terapkan buat generasi akan datang. . Tidak perlulah kita menafikan kenangan yang memberi teladan kerana ia sebuah pengalaman. Pengalaman yang membentuk kedewasaan dan kematangan.
Allah Mengabulkan Doa Orang yang Kesusahan dan Memerlukan.
Malik bin Dinar r.a. bercerita, pada suatu hari, ketika ia hendak pergi menunaikan ibadah haji, ia ternampak seekor burung membawa sekeping roti di paruhnya. Dia merasa hairan melihat burung itu lalu terucap di mulutnya, “Demi Allah, aku akan memerhatikan apa yang dilakukan oleh burung itu, ia mendapati burung itu menghampiri seorang lelaki tua yang terikat pada sebatang pokok kurma. Lalu burung itu pun terbang mencari air.
Tidak lama kemudian burung itu datang kembali dengan air di paruhnya dan menuangkan air tersebut ke mulut orang tua itu.
Malik bin Dinar kemudiannya mendekati orang itu lalu bertanya, “Wahai orang tua! Apakah yang terjadi kepadamu?” Orang tua itu menjawab, “sebenarnya semua hartaku telah dirampas oleh perompak. Kemudiannya saya diikat di sini sehingga lima hari saya menahan lapar. Tapi saya sabar menanggung dugaan ini dan berdoa, ‘Ya Allah yang selalu mengabulkan doa orang yang kesusahan, saya dalam kesusahan ya Allah, kasihilah saya.’ Maka allah pun mengutus burung ini.
Setelah itu, Malik bin Dinar membukakan ikatan orang tua itu dan mereka berjalan bersama untuk pergi haji.
Hikmah: Sesungguhnya Allah mengabulkan doa orang yang bertakwa dan orang yang dalam kesusahan. Hal ini sesuai dengan firman-Nya,
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya” – (an-Naml:62)
“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)” –Surah al-Qadar
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para Malaikat dan Jibril dari sidratul Muntaha akan turun ke bumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohon kebaikan daripada Allah Taala. Para Malaikat akan mengaminkan doa mereka itu.
Pernah suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakkan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang, allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar, allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak Kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat seutas rantai besi sebanyak dua kali, namun kjedua-duanya gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah.
Akhirnya Syam’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalaqkan aku keculai dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila dikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum di bunuh. Pelmacam seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un sepaya memohon perlindungan daripada-Nya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang suapaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan luarbiasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t, tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta-merta. Syarm’un kemudiannya berpuasa selama hampir 1000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dengan kekuatann imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasullah dan para sahabat berduka cita kerana tidak dapat mencapai gelaran seperti itu.
Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lalilatul qadar dengan menghidupakn malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
sedar sedar kita mendapat bonus di bulan Ramadhan ini. Syukur tidak terhingga. Tanpa kita sedar, setiap gerak geri kita diperhatikan. Sepanjang masa, setiap waktu. Kita sentiasa terus melewati waktu tanpa berpaling ke belakang. Kita terus melangkah tanpa henti.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: "umatku diberikan lima perkara sebelum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
Bonus 2: Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
Bonus 3: Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)
Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).". -mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanyakan kepada Baginda s.a.w.: Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar? "Baginda menjawab, "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya. "
say NO to give up
Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?
Lawan Perasaan Putus Asa
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.
Apa khabar? Salam kasieh ltv
Bagaimana dengan ibadah puasa? Sudah menjelang setengah bulan kita berdepan dengan nikmat Ramadhan 1432 H. Bulan purnama menyinari malam hari. Siangnya diisi dengan aktiviti bermanfaat, mengimarahkan bumi tuhan.
Alhamdulillah, syukur kita dapat menikmati kehidupan ini. Apa pun kesihatan tetap perlu dijaga sepanjang masa, tidaklah amalan ibadat kita terganggu.
Syoknya Riadah Di Bulan Puasa. Sebuah aktiviti anjuran EAC yang dapat mengisi masa mahasiswa dengan aktiviti riadah yang bermanfaat. MAri adik-adik EAC sekalian. Anda dijemput hadir ke riadah. Permainan menarik disediakan. Insha-Allah.
Nota: Ceritera ini mengembalikan kita ke zaman kanak-kanak, di mana kita sering menjadi pendengar setia saat ceritera-ceritera menjadi halwa telinga. Kisah-kisah ini dicuplik daripada buku 4o Kisah Sebelum Anak Tidur hasil karya Najwa Hussein Abdul Aziz. Sekali-sekala, kenangan dan ceritera zaman kanak-kanak menjadi penghibur kepada kita saat bergelar insan yang semakin meningkat dewasa. Kita terapkan buat generasi akan datang. . Tidak perlulah kita menafikan kenangan yang memberi teladan kerana ia sebuah pengalaman. Pengalaman yang membentuk kedewasaan dan kematangan.
Orang yang menganggungkan Allah akan diangkat darjatnya.
(gambar sekadar hiasan; dicuplik dari internet)
Di riwayatkan bahawa ada seorang yang bernama Basyar al-Hafi, nama penuhnya ialah Basyar bin Harith. Beliau merupakan orang yang soleh, selalu menunaikan kewajipan yang diperintah Allah s.w.t. dan Rasulnya.
Pada suatu hari (sebelum Allah memberikan hidayah kepadanya), Basyar sedang berjalan di sebatang jalan. Ketika berjalan Basyar menemui secebis kertas di jalan itu. Lalu ia mengambilnya. Dia mendapati cebisan kertas itu tertera perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’. Ia segera membersihkan kertas itu dengan tangannya dan memasukkan ke poket bajunya.
Ketika itu Basyar mempunyai sedikit wang. Kemudiannya Basyar ke kedai runcit untuk membeli minyak wangi. Setelah itu, Basyar menyapukan wangian tadi pada cebisan kertas yang tertulis nama Allah s.w.t.
Basyar menceritakan apa yang dilihat dalam mimpinya pada malam itu. Dia berkata, “saya bermimpi seakan-akan ada yang berkata padaku, ‘wahai Basyar bin Harith, engkau telah mengangkat nama Kami dari jalanan supaya dipijak oleh manusia. Bahkan engkau juga menyapukannya. Sebagai balasannya, akan Aku harumkan namamu di dunia balasannya, akan Aku harumkan namamu di dunia dan akhirat.”
Sejak detik itu, Basyar menjadi orang yang soleh. Muhammad Ibnush-Shalt berkata, “ nama Basyar al-Hafi dikenali ramai sebagaimana terkenalnya seorang nabi.
Hikmah: Hendaklah kita menjada dan meninggikan nama Allah s.w.t serta memerhatikan agar tulisan berupa kalam Allah atau ayat suci al-Quran tidak dipijak mahupun dibuang di merata-rata tempat.
Bermanfaat dalam menyembuhkan perbagai penyakit dan permasalahan
masalah mental, emosi, fizikal
bahasa
autisme , sindrom down
Menurut Lisa McCallum ,seorang pakar terapi berkuda,"Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".
terhindar daripada masalah sakit belakang
Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan.
Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.
Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat :-
a) membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.
b) Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.
c) Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).
Melalui aktiviti berkuda ini pelajar yang bermasalah pembelajaran dapat :-
i) Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka.
ii) Melatih mereka supaya mematuhi disiplin.
iii) Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.
iv) Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.
v) Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
MEMANAH MENGASAH KETAJAMAN FIKIRAN
“Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga lantaran satu anak panah; orang yang ketika membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan Allah serta orang yang memanahkannya di jalan Allah.” Beliau bersabda: “Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kamu memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda.” (AHMAD – 16699)
Hadits menggambarkan betapa Rasulullah saw sangat menganjurkan seorang muslim prihatin dengan persiapan untuk berjihad di jalan Allah. Memanah dan berkuda merupakan dua kegiatan yang tsaling berkait dengan hal itu.
Manfaat memanah:
melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat
menitik beratkan body balancing.
melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik kerana ketika memanah, fokus yang tinggi amat diperlukan dalam meletakkan sasaran. Sasaran umpama matlamat.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
BERENANG
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)
Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia.
Manfaat berenang
perkembangan mental, fizikal, emosional,dan sosial.
Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:
kemahiran motor kasar dan halus
refleksi (masa tindak balas)
Kuasa tumpuan (fokus)
Kepintaran / kecerdasan
Tabiat sosial
Interaksi sosial
Keyakinan diri
Kebebasan
berfikir dan mengatasi masalah kecemasan
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Sesungguhnya banyak hikmah yang dapat diperoleh daripada 3 aktiviti sukan seperti ini. Aktiviti yang memberi banyak pendedahan secara langsung dan tidak langsung kepada mereka yang mencuba. Begitulah perbuatan yang dapat dengan sains kehidupan. Mengaplikasi sunnah-sunnah nabi mempunyai pelmacam hikmah untuk kebaikan diri sendiri secara tak langsung, meningkatkan kualiti ummah yang berwibawa. Kita dituntut untuk terus mengkaji dan menggunakan hasil pengkajian dengan sebaik mungkin. Sesuangguhnya, alam ini penuh dengan khazanah. Penerokaan kita tidak akan pernah tamat.