Nota: Ceritera ini mengembalikan kita ke zaman kanak-kanak, di mana kita sering menjadi pendengar setia saat ceritera-ceritera menjadi halwa telinga. Kisah-kisah ini dicuplik daripada buku 4o Kisah Sebelum Anak Tidur hasil karya Najwa Hussein Abdul Aziz. Sekali-sekala, kenangan dan ceritera zaman kanak-kanak menjadi penghibur kepada kita saat bergelar insan yang semakin meningkat dewasa. Kita terapkan buat generasi akan datang. . Tidak perlulah kita menafikan kenangan yang memberi teladan kerana ia sebuah pengalaman. Pengalaman yang membentuk kedewasaan dan kematangan.
Orang yang menganggungkan Allah akan diangkat darjatnya.
(gambar sekadar hiasan; dicuplik dari internet)
Di riwayatkan bahawa ada seorang yang bernama Basyar al-Hafi, nama penuhnya ialah Basyar bin Harith. Beliau merupakan orang yang soleh, selalu menunaikan kewajipan yang diperintah Allah s.w.t. dan Rasulnya.
Pada suatu hari (sebelum Allah memberikan hidayah kepadanya), Basyar sedang berjalan di sebatang jalan. Ketika berjalan Basyar menemui secebis kertas di jalan itu. Lalu ia mengambilnya. Dia mendapati cebisan kertas itu tertera perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’. Ia segera membersihkan kertas itu dengan tangannya dan memasukkan ke poket bajunya.
Ketika itu Basyar mempunyai sedikit wang. Kemudiannya Basyar ke kedai runcit untuk membeli minyak wangi. Setelah itu, Basyar menyapukan wangian tadi pada cebisan kertas yang tertulis nama Allah s.w.t.
Basyar menceritakan apa yang dilihat dalam mimpinya pada malam itu. Dia berkata, “saya bermimpi seakan-akan ada yang berkata padaku, ‘wahai Basyar bin Harith, engkau telah mengangkat nama Kami dari jalanan supaya dipijak oleh manusia. Bahkan engkau juga menyapukannya. Sebagai balasannya, akan Aku harumkan namamu di dunia balasannya, akan Aku harumkan namamu di dunia dan akhirat.”
Sejak detik itu, Basyar menjadi orang yang soleh. Muhammad Ibnush-Shalt berkata, “ nama Basyar al-Hafi dikenali ramai sebagaimana terkenalnya seorang nabi.
Hikmah: Hendaklah kita menjada dan meninggikan nama Allah s.w.t serta memerhatikan agar tulisan berupa kalam Allah atau ayat suci al-Quran tidak dipijak mahupun dibuang di merata-rata tempat.
0 comments:
Post a Comment
Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.