Friday, January 6, 2012

Kursus Pengurusan Organisasi


Insha-Allah, bakal berlangsungnya Kursus Pengurusan Organisasi buat semua ahli jawatankuasa EAC seperti yang dinyatakan di dalam poster di atas. Barisan tenaga pengajar yang mahir serta mapan ini akan memberi tunjuk ajar yang terbaik buat para ahli jawatankuasa dan exco selain memberikan penerangan yang jelas.

Sebarang pertanyaan, boleh ditanya terus kepada Majlis Tertinggi dan juga barisan tenaga pengajar.

Terdapat 3 slot dalam satu masa pada 7 Januari 2012 untuk menjana kemahiran para exco dalam menjalankan tugasan sebagai seorang mahasiswa, seorang insan dan hamba kepada Illahi. Apakah slot itu? semua Ahli yang menjadi exco-exco yang terpilih perlu hadir untuk mengetahuinya. Pastinya, kursus ini, selain dapat menimba ilmu kemahiran, dapat juga mempelajari selok-belok penerbitan dan penghasilan sesuatu seni itu sendiri. Dalam organisasi juga terdapat seni yang melambangkan identiti.

Kursus yang bakal diadakan 2 hari ini, bakal membawa para mahasiswa terutama exco-exco untuk bersama mempereratkan lagi perkenalan dan perkongsian ilmu untuk sama-sama diketengahkan. Semoga, aktiviti yang dijalankan, memberi manfaat kepada kita semua. Insha-Allah.

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign