(satu)
Gimik: (dari sudut tepi, booth EAC (dalam perlaksanaan untuk meletakkan papan tanda pada ruangan board-status: tunggu untuk perletakkan yang lebih pragmatik) sejak di awal pukul 8.56 malam; ketika DSG hangat dengan para pengunjung)
11 Disember 2011
Bertempat di Dewan Serbaguna, (DSG), booth Entertainment Of Muslim Art Club (EAC) telah dapat dibangunkan dengan jayanya berkat rahmat dan berkat daripada Tuhan yang Esa juga tidak ketinggalan kesepaduan dan kesepakatan. Kata orang, muafakat membawa berkat. Insha-Allah. Bersebelahan booth Jualan Majalah Islam ; Gen Q, Solusi, Fardhu Ain, Asuh dsb, EAC antara booth yang berada di tempat yang strategik sekaligus dapat memperkenalkan kepada mahasiswa terutama junior-junior berkenaan hiburan seni Islam yang turut memainkan peranan dalam membawa dakwah sekaligus membuka pemikiran mahasiswa untuk bersama menerokai keindahan Islam itu sendiri.
Permainan yang diadakan pada kali ini agak mencabar para pengunjungnya dengan pelbagai pengisian yang menarik. Jika mahu mengetahui permainan yang menjadi tarikan pengunjung, marilah berkunjung ke booth EAC. Hadiah akan diberikan semasa Annual Meeting EAC, kelak. Datang, jangan tak datang.
Secara zahirnya, untuk entri kali ini, belum lagi memaparkan perjalanan secara teratur. Akan lebih disempurnakan lagi pada entri akan datang. Tunggu....
Sekitar di kaunter pendaftaran:
Semasa proses penerangan kepada ahli baru, pendedahan demi pendedahan mudah diberikan. Apa itu EAC? sebuah kelab seni hiburan Islam dalam menjalankan dakwah. (secara ringkasnya). Penerangan yang diberikan oleh ahli EAC di kaunter EAC kepada para pengunjung bukan saja memberikan kefahaman kepada mereka berkenaan matlamat EAC, malah membuka peluang kepada mereka untuk membina ukhwah kepada sasaran iaitu semua warga kampus.
Permainan yang diadakan pada kali ini agak mencabar para pengunjungnya dengan pelbagai pengisian yang menarik. Jika mahu mengetahui permainan yang menjadi tarikan pengunjung, marilah berkunjung ke booth EAC. Hadiah akan diberikan semasa Annual Meeting EAC, kelak. Datang, jangan tak datang.
Secara zahirnya, untuk entri kali ini, belum lagi memaparkan perjalanan secara teratur. Akan lebih disempurnakan lagi pada entri akan datang. Tunggu....
Sekitar di kaunter pendaftaran:
Risalah baru oleh exco-exco EAC. Ini adalah antara kemahiran insaniah yang diterapkan dalam kalangan ahli dan exco EAC sendiri. Tidak terlepas, design gambar rekaan terbaru.
Pendaftaran ahli dan exco baru di kaunter Muslimin
Pendaftaran ahli dan exco di kaunter Muslimat
Sebelum proses pendaftaran, para pengunjung disertakan dengan penerangan penerangan yang jelas berkenaan keberadaan EAC. Dan kebanyakkan tertarik juga dengan aktiviti yang dijalankan yang sekaligus memupuk kemahiran insaniah mereka dalam mempraktikkan apa yang dipelajari.
Selain mempunyai booth, EAC juga mempunyai gerai makanan untuk kita sama-sama kunjungi. Iaitu di dataran EAC. Esok, masih ada. Datanglah beramai-ramai ke gerai jualan EAC. Gerai jualan EAC ini secara majoritinya dipelopori oleh exco Ekonomi EAC. Di sinilah, mahasiswa EAC belajar untuk menjalankan perniagaan pada masa yang sama, tahu berkenaan selok-belok psikologi para pembeli sekaligus mendidik diri untuk berani berdepan dengan situasi komunikasi dua hala. Semoga menjadi usahawan yang berjaya, kelak.
Gerai jualan EAC turut menjual barangan HPA dan santapan snek panas..
Gerai jualan EAC
5 comments:
alhamdulillah, makin bertmbh tmbh kesenian pd EAC, cept masa brlalu, bergnti hadir pergi tenaga, tp tetap hot mcm dulu2, moga yg dicari tercapai
assalam... alhamdulillah.. bgus eac, makin berbisa nampkanye... terus maju ye... akan sentiasa yg ade menyokong di eac si setiap penjuru.=) insyaallah...
alhamdulillah, majlis KASIMA anjuran MPP UiTM Pahang Kampus Jengka dapat dijayakan dengan jayanya oleh semua kelab yang terlibat. EAC antaranya. Doa dan sokongan daripada kalian mengukuhkan lagi semangat kami di sini untuk terus mara.
alhamdulillah :)
bismillah ..
trima kasih pd semua yg membantu atas gerak kerja yg dijalankan secara langsung mahupun x langsung sempena KASIMA .penghargaan setinggi tinggi pd semua .moga gerak kerja ini dapat terus merapatkan ukhwah sesama kita ..insyaAllah
Post a Comment
Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.