Tuesday, December 13, 2011

Kad Keahlian EAC


Nota Kaki : Berwajah baru dengan nama baru. KASIEHLTV diserap masuk dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.

KASIMA Disember 2011

(empat)
antara yang terbaru di booth EAC dan booth-booth yang lain..






KASIMA Disember 2011

(tiga)
Alhamdulillah 2 hari KASIMA yang berlangsung telah memberi pendedahan kepada mahasiswa berkenaan kelab dan persatuan yang terdapat di UiTM Pahang  Kampus Jengka ini.


Pelbagai booth kelab dan persatuan didirikan bagi memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendekati pembawaan setiap kelab dan persatuan.


Malam ini sahaja, pada pukul 8.50 malam, persembahan dimulakan dengan gimik daripada kumpulan Silat Cekak UiTM Pahang.

Kemudian, perarakan masuk oleh VIP terhormat . Ayahanda Helmi, Rektor UiTM Pahang begitu peka dengan kemajuan yang dibawakan mahasiswa dalam membentuk sebuah organisasi. Sokongannya memberi perangsang kepada mahasiswa untuk turut sama menjayakan program yang dijalankan.



Juruacara MPP kali ini merupakan juruacara yang terdiri daripada sekretariat MPP sendiri dalam melatih mereka untuk menjadi pemimpin yang berkaliber sekaligus mempraktikalkan perkara yang dipelajari.


Majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid DiCC daripada EAC yang sempat melontarkan dua buah lagu. Menarik lagi dengan pemakaian spontan tanpa dapat dikesan mereka adalah kumpulan yang bakal ke pentas untuk suatu persembahan. Namun, bukanlah pakaian yang dilihat, mauduknya dilihat pada penghayatan lagu yang dibawa.



Persembahan diteruskan lagi dengan persembahan daripada Persatuan Seni Silat Gayong. Turut diserikan dengan gerak tari seni silat itu sendiri.


      
Selepas persembahan daripada persatuan Seni Silat Gayong, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pidato yang bertajuk 'Pidato' daripada wakil kelab Debat.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada persatuan Sains Sukan dan juga Kelab Estetika Budaya (KEB).

Persembahan-persembahan ini memberikan lagi pendedahan kepada mahasiswa untuk memahami antara aktiviti yang dilakukan dalam setiap persatuan yang dijalankan sekaligus menjadi pengisian pada malam terakhir untuk KASIMA.

Monday, December 12, 2011

KASIMA Disember 2011

(dua) - booth
Latar booth Entertainment Of Muslim Art Club (EAC)






antara program yang pernah dijalankan


KASIMA Disember 2011

 (satu)
Gimik: (dari sudut tepi, booth EAC (dalam perlaksanaan untuk meletakkan papan tanda pada ruangan board-status: tunggu untuk perletakkan yang lebih pragmatik) sejak di awal pukul 8.56 malam; ketika DSG  hangat dengan para pengunjung)


11 Disember 2011

Bertempat di Dewan Serbaguna, (DSG), booth Entertainment Of Muslim Art Club (EAC) telah dapat dibangunkan dengan jayanya berkat rahmat dan berkat daripada Tuhan yang Esa juga tidak ketinggalan kesepaduan dan kesepakatan. Kata orang, muafakat membawa berkat. Insha-Allah. Bersebelahan booth Jualan Majalah Islam ; Gen Q, Solusi, Fardhu Ain, Asuh dsb, EAC antara booth yang berada di tempat yang strategik sekaligus dapat memperkenalkan kepada mahasiswa terutama junior-junior berkenaan hiburan seni Islam yang turut memainkan peranan dalam membawa dakwah sekaligus membuka pemikiran mahasiswa untuk bersama menerokai keindahan Islam itu sendiri.

Semasa proses penerangan kepada ahli baru, pendedahan demi pendedahan mudah diberikan. Apa itu EAC? sebuah kelab seni hiburan Islam dalam menjalankan dakwah. (secara ringkasnya). Penerangan yang diberikan oleh ahli EAC di kaunter EAC kepada para pengunjung bukan saja memberikan kefahaman kepada mereka berkenaan matlamat EAC, malah membuka peluang kepada mereka untuk membina ukhwah kepada sasaran iaitu semua warga kampus.

Permainan yang diadakan pada kali ini agak mencabar para pengunjungnya dengan pelbagai pengisian yang menarik. Jika mahu mengetahui permainan yang menjadi tarikan pengunjung, marilah berkunjung ke booth EAC. Hadiah akan diberikan semasa Annual Meeting EAC, kelak. Datang, jangan tak datang.

Secara zahirnya, untuk entri kali ini, belum lagi memaparkan perjalanan secara teratur. Akan lebih disempurnakan lagi pada entri akan datang. Tunggu....

Sekitar di kaunter pendaftaran:
Risalah baru oleh exco-exco EAC. Ini adalah antara kemahiran insaniah yang diterapkan dalam kalangan ahli dan exco EAC sendiri. Tidak terlepas, design gambar rekaan terbaru.

Pendaftaran ahli dan exco baru di kaunter Muslimin

Pendaftaran ahli dan exco di kaunter Muslimat

Sebelum proses pendaftaran, para pengunjung disertakan dengan penerangan penerangan yang jelas berkenaan keberadaan EAC. Dan kebanyakkan tertarik juga dengan aktiviti yang dijalankan yang sekaligus memupuk kemahiran insaniah mereka dalam mempraktikkan apa yang dipelajari. 

 

Selain mempunyai booth, EAC juga mempunyai gerai makanan untuk kita sama-sama kunjungi. Iaitu di dataran EAC. Esok, masih ada. Datanglah beramai-ramai ke gerai jualan EAC. Gerai jualan EAC ini secara majoritinya dipelopori oleh exco Ekonomi EAC. Di sinilah, mahasiswa EAC belajar untuk menjalankan perniagaan pada masa yang sama, tahu berkenaan selok-belok psikologi para pembeli sekaligus mendidik diri untuk berani berdepan dengan situasi komunikasi dua hala. Semoga menjadi usahawan yang berjaya, kelak.

Gerai jualan EAC turut menjual barangan HPA dan santapan snek panas..

Gerai jualan EAC

Saturday, December 10, 2011

Akhlak Penuntut Ilmu


Umar bin Abdul Aziz pernah mengatakan :

الحلم والعلم خَلَّتا كرمٍ
للمرء زينٌ إذ هما اجتمعا

صنوانِ لا يَسْتَتِمُّ حسنُهما
إلا بجمع بذا وذاك معا

كم من وضيع سما به الحلم والـ
ـعلم فحاز السناء وارتفعا

ومن رفيع البنا أضاعهما
أخمله ما أضاع فاتضعا

“Lemah lembut dan berilmu adalah ciri khas daripada sebuah kemuliaan,
apabila hal itu berada pada seseorang maka baginya itulah perhiasan;

Dua hal tersebut keindahannya tidak akan mencapai kesempurnaan,
kecuali dengan keduanya dalam kebersamaan;

Betapa banyak orang yang rendah lalu berakhlak dengan kelemah-lembutan
dan keilmuan, maka ia mendapatkan kedudukan yang tinggi serta pujian;

Dan betapa banyak orang terhormat yang kehilangan keduanya,
Lalu membuatnya ikut hilang dan terlupakan.”

(Sumber: Adabul Mau’idzah hal.17, Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd).

Pengambilan Exco EAC 2011/2012

  (klik gambar untuk siaran yang lebih besar)
Kini kembali sekali lagi untuk pengambilan bakal pemimpin. Kehangatan Karnival Organisasi Mahasiswa (KASIMA) yang bakal berlangsung pada 11 hingga 12 Disember ini. Bukan hanya membuka pengambilan ahli baru dan pemantapan ahli lama, malah membuka peluang kepada mahasiswa UiTM Pahang Kampus Jengka untuk turut sama mengaplikasikan kemahiran insaniah (soft skill) dalam urusan seharian.

EAC atau Entertainment Of Muslim Art Club ( Kelab Seni Hiburan Muslim)
membawa pendekatan kepada kesenian Islam yang sangat meluas mengenai skop hiburan yang memberikan maslahat kepada mahasiswa. EAC merupakan sebuah pertubuhan yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk terus berada di dalam bimbingan syariat, dalam masa yang sama tahu menyeimbangkan rohani dan jasmani saat kita meniti perjalanan duniawi menuju makna ukhrawi.

Pertubuhan ini bukan sahaja memberi peluang kepada mahasiswa untuk menuntut ilmu, malah membina ukhwah sesama mahasiswa dan masyarakat untuk bersama mengimarahkan pengurusan dunia. Banyak faedah yang dapat dikecapi dengan mengenali pertubuhan kelab EAC ini.

Nantikan pembukaan booth EAC yang memberikan penerangan yang begitu mendalam mengenai pengenalan pertubuhan kelab ini di KASIMA kali ini. Ada pelbagai perkara menarik yang bakal berlangsung di booth EAC dengan jayanya. Insha-Allah. Apa tunggu lagi? Mari sama-sama, kita hadiri pembukaan dan penutupannya!

Masa Berlalu Pergi




Debaran kian terasa. Detik demi detik perjalanan terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Masa berlalu dan masa akan datang menuntut pengisian yang memberi maslahat. Apakah kita telah berada dalam lingkaran pengisian yang berfaedah seterusnya memberikan input yang gitu dalam membimbing perjalanan kita menuju kehidupan yang abadi, kelak?


Masa berterusan berlalu, kalendar sering pula berganti bulan. Bulan di langit di malam hari sering pula berganti bentuk mengikut fitrahnya. Tiada masa yang berhenti.


Masa kalau dilihat, memanglah terdiri daripada susunan nombor. Masa yang berlalu tidak terasa durasinya. Meninggalkan perkara-perkara yang mengesankan di dalam benak minda.


Al-’Asr 103: (1-3)
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar


Mari kita terokai pembacaan yang sering kita bacakan pada kebiasaannya di akhir majlis. Tidaklah bermaksud surah Al-Asr ini hanya dibaca di akhir majlis, tetapi pengisian di sini mungkin dapat memberikan perkongsian kepada pembaca berkenaan maksud yang tersirat di sebalik al-'Asr.

Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah. Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat seperti mana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu'siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal.

Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlu memerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign