4 Kewajiban Penuntut Ilmu Diin (agama islam)
Imam Asy Syafi’i rahimahullah mengatakan dalam risalahnya;
- Pertama, sangat semangat untuk menambah ilmu.
- kedua, sabar dalam meraih ilmu.
- Ketiga, mengikhlaskan niat kerana Allah Ta’ala dalam mencari (ilmu)
- Keempat, memohon pada Allah agar mudah mendapatkannya (ilmu)
ﻻ ﻳﺴﺘﻄﺎﻉ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺑﺮﺍﺣﺔ ﺍﻟﺠﺴﻢ
“Ilmu tidaklah dicapai dengan badan yang bersantai-santai.”
Sumber: Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, Yahya bin Syarf An Nawawi, 1/37
“Allah meninggikan dalam kalangan kamu pencari ilmu yang beriman dengan beberapa darjat”
(Al– Mujadalah: 28)
Perkongsian daripada JAKIM berkenaan kelebihan menuntut ilmu:
i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.
ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.
0 comments:
Post a Comment
Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.