Wednesday, November 2, 2011

‎4 Kewajiban Penuntut Ilmu Diin


4 Kewajiban Penuntut Ilmu Diin (agama islam)

Imam Asy Syafi’i rahimahullah mengatakan dalam risalahnya;

  • Pertama, sangat semangat untuk menambah ilmu.
  • kedua, sabar dalam meraih ilmu.
  • Ketiga, mengikhlaskan niat kerana Allah Ta’ala dalam mencari (ilmu)
  • Keempat, memohon pada Allah agar mudah mendapatkannya (ilmu)
Dalam Shahih Muslim, dari Yahya bin Abi Katsir, ia berkata,


ﻻ ﻳﺴﺘﻄﺎﻉ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺑﺮﺍﺣﺔ ﺍﻟﺠﺴﻢ

“Ilmu tidaklah dicapai dengan badan yang bersantai-santai.”
Sumber: Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, Yahya bin Syarf An Nawawi, 1/37


“Allah meninggikan dalam kalangan kamu pencari ilmu yang beriman dengan beberapa darjat”
(Al– Mujadalah: 28)


Perkongsian daripada JAKIM berkenaan kelebihan menuntut ilmu:

i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.



Dalam kita melangkah…
terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat
hingga kita terduduk dan menangis
peritnya terasa tetapi ketahuilah

    " Dan renungilah dalam diri"

kerana… Mungkin air mata tika itu hadir
kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak
lantaran ada langkah-langkah yang tersasar
semoga tabah dan tetapkan iman…

Biarlah kita keseorangan tanpa berteman
Biarlah malam tanpa sinar rembulan
Biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah
Tapi, jangan biarkan hatimu sunyi, tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN.


*kredit penghargaan buat Siti Hajar


Rasulullah s.a.w. bersabda:



Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke Neraka”.


(Hadis Riwayat Baihaqi)

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign