Tuesday, September 6, 2011

Bersedekah


Pada suatu hari Rasulullah SAW memberitahu bahawa setiap orang Muslim mesti bersedekah.
 Lalu ada orang bertanya kepada baginda, “Bagaimana dengan orang yang tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan?”
Rasululllah menjawab, “Dia harus bekerja dengan tangannya sehingga dia memperoleh keuntungan untuk dirinya dan dapat bersedekah.”
Dia bertanya lagi, bagaimana jikalau tidak sanggup?”
“Hendaklah dia menolong orang yang memerlukan bantuan,” sambung baginda.
Sekali lagi, orang itu bertanya, “ Bagaiamana kalau tidak mampu?”
Maka Rasulullah pun berkata, “Kerjakanlah segala kebaikan dan hentikanlah segala jenis kejahatan. Itu pun bererti sedekah.”

1 comments:

Anonymous said...

Hmm..mf ye..js suggestion..klu hadis2 yg ad ditambah dgn periwayatnye skali mgkn lebey cantik kot..hmm..syor saja..hehe

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign