Sunday, March 25, 2012

Diari AGM Nov-Mac 2012

Alhamdulillah..

Program Annual General Meeting  yang berlangsung di One Stop Centre, UiTM Jengka Cawangan Pahang telah berjaya diadakan.
 
Majlis telah dirasmikan Saudara Farith, daripada wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Jengka. Menurutnya, kelab EAC ini disertai sejak bahagian 3. Perkongsiannya sedikit sebanyak memberikan semangat dalam membentuk sifat kepimpinan. Ucapan santai yang diberikan memudahkan kami untuk mengikuti ucapan bernasnya. Melalui penglibatan persatuan EAC, banyak input yang didapati dan diaplikasikan sebagai pemimpin berkarisma dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagi wakil mahasiswa. Program ini menurutnya juga merapatkan ukhwah antara kita semua sebagai mahasiswa.
 
Maka dapat dikongklusikan bahawa, selain pelajaran,sesebuah komuniti itu penting dalam menjadikan kehidupan lebih harmoni.
 
PERASMIAN penyerahan BANNER:
EAC Day, bakal diadakan pada setiap hari Selasa
Kaunter dibuka untuk penglibatan ahli akademi.
Website EAC
Fanpage EAC
T-Shirt rasmi EAC

Di majlis yang penuh berkat ini, diselangi pula cuaca malam yang begitu tenang, menjadikan program berjalan dengan lancar. Persembahan multimedia menambahkan lagi kecerian di balik rpogram ini. Ruang yang ada di One Stop Centre ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh biro-biro program yang terlibat.
 
Majlis telah diteruskan dengan penyerahan sijil penghargaan kepada exco-exco yang telah melibatkan diri dalam ahli jawatankuasa EAC itu sendiri. Tahniah diucapkan kepada exco-exco yang terlibat.

Slot ADVENTURE WITH ACADEMY

EAC terdiri daripada segmen yang meliputi KASIEHLTV. Aturcara pada slot ini disampaikan Saudara Fahmi bin Kamaruddin.

Slot akademi  bukan sekadar menghiburkan orang lain kerana ia membentuk perkongsian ilmu dan membina sahsiah. Di sinilah pemikiran mahasiswa juga turut dibentuk. Di sinilah kita bermuhasabah kembali, di mana target kita sebagai mahasiswa. Di sinilah kita meletakkan matlamat sebagai mahasiswa untuk

"Aku masuk UiTM untuk menegakkan syariat Islam."

Maka, wujudlah smart group dalam program akademi. Program ini terbuka buat semua sama ada mahasiswa, staff UiTM dan tenaga pengajar.

Slot ini kemudiaannya disampaikan oleh Majlis Tertinggi EAC sendiri, Saudara Nizar Asyraf  untuk menyampaikan aijil penghargaan kepada cikgu-cikgu akademi yang terdiri daripada mahasiswa merangkap angkatan pejuang Mentor Akademi. Sekalung tahniah diucapkan.

Slot ini diteruskan dengan penglibatan Mentor Akademi bagi muslimat pula. Majlis diserahkan kepada Saudari Syahirah untuk mengambil alih pembahagian ini.  Mentor bagi setiap kumpulan akademi diberikan penghargaan.. Terima kasih kerana sudi bersama berkongsi ilmu untuk diaplikasikan.
 
Penghargaan ini walaupun dilihat secara zahirnya dengan hanya pemberian sijil, pada masa yang sama, input yang diperoleh daripada perkongsian ilmu ini telah banyak menyumbang kepada pengukuhan matlamat agama itu sendiri. Subjektif dan konkrit itu seimbang. Ilmu adalah harta segalanya.

Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuklah:
  • Cabutan bertuah
Pemenang bertuah dipilih secara rambang berdasarkan ciri-ciri. Hal ini sedikit sebanyak menjadikan para hadirin yang datang agak terhibur dengan keletah pengacara majlis.
  • Anugerah Khas
Sambutan ulangtahun kelahiran  dalam masa terdekat ini. Termasuklah mereka yang berulangtahun kelahiran pada bulan Januari, Februari dan Mac. Salam ulangtahun kelahiran. Pemotongan kek diadakan. Dua kek menjadi simbolik ukhwah. Satu buat muslimat dan satu lagi buat muslimin. Semoga menjadi insan yang sentiasa dibawah lindungan-Nya. Insha-Allah.
  • Anugerah dekan
inilah antara mahasiswa yang menjadi contoh kepada mahasiswa lain. Saudara Nazirul, Saudara Razi, Saudara Isa, Saudri Siti Najiha, Saudari Fatin Nabila yang berjaya dipanggil untuk menjadi wakil anugerah dekan. Tahniah! Tahniah buat antum semua. Dalam berpersatuan, kita adunkan masa belajar dan juga belajar.
Pahit manis perjuangan sebagai mahasiswa ditempuh bersama.

Saudari Fatin Nabila-"Peta minda dan nota"  Prinsip yang dipegang, jaga solat, al-Quran dan doa ibu ayah.
Saudara Isa- "Fokus dalam kelas" "Duk depan, tengok, tanyalah kalau tak faham. Buat bising (bertanya)sikit."
Exco

Saudara Aidil Falah
Saudara Amirul Syafiq

Saudari Hidayah
Saudari Fatihah

Exco komited, exco harapan.
Antara 4 insan yng dipanggil untuk mengisi slot kali ini. Slot-slot yang dijalankan lebih kepada pendekatan yang santai. Maka, perjalanan program mudah untuk mendapatkan respon dua hala.

Exco komited ini diserahkan kepada Saudara Aidil Falah dan Saudari Fatihah.
Exco harapan yang terpilih untuk mengisi tampuk kali ini ialah Saudara Amirul Syafiq dan Saudari Hidayah.

::niat kerana Allah. Kukuhkan syariat::

STAY OR CHANGE

Pimpinan kini sudah beralih dan dikukuhkan kembali. Maka, tahniah dan takziah buat mereka yang terpilih.

Untuk maklumat lanjut, layarilah fanpages EAC
http://www.facebook.com/pages/Entertainment-of-Muslim-Art-Club-EAC/329410330432642?sk=wall

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign