Monday, January 23, 2012

KPO

KPO ringkasan daripada Kursus Pengurusan Organisasi. Sebuah program yang membawa para exco untuk mendalami pengurusan perjalanan program dan persatuan selain memberi maslahat kepada khalayak ramai khususnya para mahasiswa dan masyarakat sekeliling. 
Kursus yang dilakukan  bagi memantapkan pengurusan organisasi mahasiswa selain mengenali exco-exco baru yang bakal menerajui tampuk pimpinan bersama dalam menjayakan EAC sebagai sebuah persatuan yang bermatlamat iaitu menjalankan dakwah dalam pelbagai medium.
Sesi kedua ini, dilaksanakan di Dewan  Kuliah Ibn Hazm UiTM Pahang Cawangan Jengka yang dimulakan pada pukul 9.00 malam. Mendapat sambutan daripada para-para exco yang benar-benar ingin memberikan komitmen disertai niat yang ikhlas. Selain bertaaruf, para exco didedahkan dengan pengisian tazkirah daripada ustaz Habib Ali melalui media sementara menanti kedatangan sahabat.
Para exco didedahkan dengan tugasan secara terperinci mengenai perletakkan mereka dalam exco-exco yang ditetapkan. Antara exco-exco yang terdapat dalam persatuan ini terdiri daripada, KASIEH LTV;
  • Kebajikan, 
  • Akademi,
  • Sukan,
  • Infomasi,
  • Ekonomi,
  • Hiburan,
  • Logistik 
  • terbaru EAC TV.
Sehubungan dengan itu, pendedahan mengenai pembahagian jawatankuasa dalam program juga diberi agar exco-exco baru jelas dengan tugasan dalam perlaksanaan program. Syabas buat yang terpilih dalam melaksanakan dakwah ini. Semoga perjalanan kita mencapai matlamat sebai insan yang mengecapi mardhatillah. Dengan izin Allah.

Friday, January 6, 2012

Kursus Pengurusan Organisasi


Insha-Allah, bakal berlangsungnya Kursus Pengurusan Organisasi buat semua ahli jawatankuasa EAC seperti yang dinyatakan di dalam poster di atas. Barisan tenaga pengajar yang mahir serta mapan ini akan memberi tunjuk ajar yang terbaik buat para ahli jawatankuasa dan exco selain memberikan penerangan yang jelas.

Sebarang pertanyaan, boleh ditanya terus kepada Majlis Tertinggi dan juga barisan tenaga pengajar.

Terdapat 3 slot dalam satu masa pada 7 Januari 2012 untuk menjana kemahiran para exco dalam menjalankan tugasan sebagai seorang mahasiswa, seorang insan dan hamba kepada Illahi. Apakah slot itu? semua Ahli yang menjadi exco-exco yang terpilih perlu hadir untuk mengetahuinya. Pastinya, kursus ini, selain dapat menimba ilmu kemahiran, dapat juga mempelajari selok-belok penerbitan dan penghasilan sesuatu seni itu sendiri. Dalam organisasi juga terdapat seni yang melambangkan identiti.

Kursus yang bakal diadakan 2 hari ini, bakal membawa para mahasiswa terutama exco-exco untuk bersama mempereratkan lagi perkenalan dan perkongsian ilmu untuk sama-sama diketengahkan. Semoga, aktiviti yang dijalankan, memberi manfaat kepada kita semua. Insha-Allah.

Member's Meeting


Kini dan sentiasa, EAC akan terus memeriahkan aktiviti suasana kampus dengan sekembalinya pertemuan antara ahli lama dan ahli baru. Jemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan aktiviti ukhwah bersama kami.

Dipertemuan ini, kita bakal mencorak dan melakar perjalanan insan yang mengharungi kehidupan bersosial (bermasyarakat). Di sinilah, kita dibentuk menjadi insan yang memahami sistematik organisasi dalam bermasyarakat. Sesungguhnya, tatacara Islam itu sendiri mudah, universal.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign