Monday, January 23, 2012

KPO

KPO ringkasan daripada Kursus Pengurusan Organisasi. Sebuah program yang membawa para exco untuk mendalami pengurusan perjalanan program dan persatuan selain memberi maslahat kepada khalayak ramai khususnya para mahasiswa dan masyarakat sekeliling. 

Kursus yang dilakukan  bagi memantapkan pengurusan organisasi mahasiswa selain mengenali exco-exco baru yang bakal menerajui tampuk pimpinan bersama dalam menjayakan EAC sebagai sebuah persatuan yang bermatlamat iaitu menjalankan dakwah dalam pelbagai medium.
Sesi kedua ini, dilaksanakan di Dewan  Kuliah Ibn Hazm UiTM Pahang Cawangan Jengka yang dimulakan pada pukul 9.00 malam. Mendapat sambutan daripada para-para exco yang benar-benar ingin memberikan komitmen disertai niat yang ikhlas. Selain bertaaruf, para exco didedahkan dengan pengisian tazkirah daripada ustaz Habib Ali melalui media sementara menanti kedatangan sahabat.
Para exco didedahkan dengan tugasan secara terperinci mengenai perletakkan mereka dalam exco-exco yang ditetapkan. Antara exco-exco yang terdapat dalam persatuan ini terdiri daripada, KASIEH LTV;
  • Kebajikan, 
  • Akademi,
  • Sukan,
  • Infomasi,
  • Ekonomi,
  • Hiburan,
  • Logistik 
  • terbaru EAC TV.
Sehubungan dengan itu, pendedahan mengenai pembahagian jawatankuasa dalam program juga diberi agar exco-exco baru jelas dengan tugasan dalam perlaksanaan program. Syabas buat yang terpilih dalam melaksanakan dakwah ini. Semoga perjalanan kita mencapai matlamat sebai insan yang mengecapi mardhatillah. Dengan izin Allah.

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign