Tuesday, December 13, 2011

KASIMA Disember 2011

(tiga)
Alhamdulillah 2 hari KASIMA yang berlangsung telah memberi pendedahan kepada mahasiswa berkenaan kelab dan persatuan yang terdapat di UiTM Pahang  Kampus Jengka ini.


Pelbagai booth kelab dan persatuan didirikan bagi memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendekati pembawaan setiap kelab dan persatuan.


Malam ini sahaja, pada pukul 8.50 malam, persembahan dimulakan dengan gimik daripada kumpulan Silat Cekak UiTM Pahang.

Kemudian, perarakan masuk oleh VIP terhormat . Ayahanda Helmi, Rektor UiTM Pahang begitu peka dengan kemajuan yang dibawakan mahasiswa dalam membentuk sebuah organisasi. Sokongannya memberi perangsang kepada mahasiswa untuk turut sama menjayakan program yang dijalankan.



Juruacara MPP kali ini merupakan juruacara yang terdiri daripada sekretariat MPP sendiri dalam melatih mereka untuk menjadi pemimpin yang berkaliber sekaligus mempraktikalkan perkara yang dipelajari.


Majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid DiCC daripada EAC yang sempat melontarkan dua buah lagu. Menarik lagi dengan pemakaian spontan tanpa dapat dikesan mereka adalah kumpulan yang bakal ke pentas untuk suatu persembahan. Namun, bukanlah pakaian yang dilihat, mauduknya dilihat pada penghayatan lagu yang dibawa.



Persembahan diteruskan lagi dengan persembahan daripada Persatuan Seni Silat Gayong. Turut diserikan dengan gerak tari seni silat itu sendiri.


      
Selepas persembahan daripada persatuan Seni Silat Gayong, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pidato yang bertajuk 'Pidato' daripada wakil kelab Debat.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada persatuan Sains Sukan dan juga Kelab Estetika Budaya (KEB).

Persembahan-persembahan ini memberikan lagi pendedahan kepada mahasiswa untuk memahami antara aktiviti yang dilakukan dalam setiap persatuan yang dijalankan sekaligus menjadi pengisian pada malam terakhir untuk KASIMA.

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign