( Gambar dicuplik dari laman web. )
Melihat sms di tangannya, dia tersenyum. Hatinya terusik membaca sms berbuka puasa daripada sahabatnya sendiri. Dia sendiri berbuka berseorang di hamparan katil hospital berteman dengan penghawa dingin di wad kelas kedua. Di asingkan daripada pesakit kelas ketiga bukan kerana darjat tetapi sebagai ikhtiar yang diamanahkan oleh tuan doktor sebagai menjauhi kuman luar.
Merindui untuk berjemaah dengan sahabat-sahabat dan ahli keluarga menyiapkan santapan juga makan secara berjemaah. Manis. Manis kenangan Ramadhan lalu. Lantas, di sinilah menjadi keluarga baginya untuk sama-sama berbuka di bulan Ramadhan penuh berkat ini dengan staff wad kesturi dan pesakit-pesakit yang lain. Tidak terlintas sekalipun pertanyaan kenapa dia harus menerima penyakit di saat Ramadhan ini. Ramadhan penuh berkat. Kesembuhan itu milik Allah.
Pergerakkan yang membataskan dirinya untuk terus bergerak tidak menghalangnya untuk berpuasa. Setakat yang mampu, dia percaya kesembuhan milik Allah. Kata-kata yang sering menjadi perangsang bagi memotivasikan dirinya dalam menghadapi pelmacam kesihatan yang tidak mengizinkan. Ini hanyalah ujian kecil daripada Allah, dia insan terpilih untuk merasai nikmat itu, bukti kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya, kafarah dosa daripada-Nya dan peningkatan darjat hamba-Nya.
Bagi dirinya, dan mungkin juga orang lain, penyakit yang diturunkan Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar dirinya . sama ada sedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal tetap akan hadir. Cuma waktunya yang tidak diketahui. Persoalan demi persoalan menemani dirinya. Adakah dia sudah bersedia dengan bekalan-bekalan untuk dirinya di alam yang baru nanti?
Persoalan demi persoalan menujah sehingga mewujudkan tekanan emosi, fikiran dan tekanan kepada diri sendiri. Namun, jiwa kembali tenang saat kalam Allah berjaya mengatasi kegundahan hati. Apabila bergantung kepada Allah, menyerahkan segala-galanya kepada Dia.
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (al-baqarah, 2:35)
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (al-baqarah, 2:35)
Ungkapan syukur terpamit keluar dari bibirnya kerana penyakit yang timpakan ke atasnya tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihadapi orang lain. Walaupun ia hanyalah penyakit kecil, ia tetap memberikan kesan kepada fizikal juga sistem badannya. Lihat. Tidakkah semua ini rezeki daripada Allah? Dia sering memberi perhatian kepada kita. Inilah nikmat yang dikecap, kita merasainya. Ini adalah ujian kecil daripada Allah sebagai hadiah dan cinta daripada Allah. Kembara hidup kita ini adalah untuk memburu cinta Allah, mengejar mardhatillah.
Sekali lagi, telefonnya kembali bergetar. Ada suara merdu mengalunkan salam bertitipkan doa sebagai pemula bicara. Bertanya khabar sahabat yang telah dianggap sebagai keluarga. Ingat mengingati. Saling berpesan antara satu sama lain. Girang.
0 comments:
Post a Comment
Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.