Monday, August 15, 2011

Bonus Khas Ramadhan.

sedar sedar kita mendapat bonus di bulan Ramadhan ini. Syukur tidak terhingga. Tanpa kita sedar, setiap gerak geri kita diperhatikan. Sepanjang masa, setiap waktu. Kita sentiasa terus melewati waktu tanpa berpaling ke belakang. Kita terus melangkah tanpa henti.



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: "umatku diberikan lima perkara sebelum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
 
Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

Bonus 3: Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).". -mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanyakan kepada Baginda s.a.w.: Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar? "Baginda menjawab, "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya. "

(Riwayat Ahmad)

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign