Wednesday, July 20, 2011

Info : Seni Khat



Berdakwah sekaligus Berseni

 Hat Sanat? - Kaligrafi - Sergisi - ?slami Hat Sanat? , ?slamic Calligraphy

Seni khat adalah seni tulisan Arab yang dikembangkan sebagai satu kaedah untuk memelihara dan mengembangkan ayat suci al-Quran serta kegiatan dakwah .

Penjenamaan khat sebagai aktiviti merupakan salah satu hiburan kepada seseorang. Seni khat yang halus membuat pemerhati cuba menghayati setiap seni yang terkandung dan makna yang tersirat. di sinilah, pemikiran dan pertukaran berlaku. Saling berkongsi ilham, salin bertukar pengalaman mahupun diskusi. Seni khat ini sentiasa mengajar seseorang insan untuk berfikir.  Sepanjang sejarah ketamadunan Islam, hasil penulisan khat dikumpulkan dan sangat dihargai seni halusnya.

Khat atau kaligrafi dalam bahasa Greek, kallos bermaksud cantik. Khas adalah sebuah seni visual seiring dengan seni penulisan. Menurut pentakrifan semasa, amalan khat adalah “seni yang memberi tanda dalam bentuk gambaran , harmoni dan kemahiran” (Mediavila 1996:18)  Khatat merupakan gelaran kepada penulis atau pelukis khat. Golongan ini merupakan seniman dan artis dalam huruf hijahiyyah bahasa Arab. Mereka juga mampu menafsir maksud dalaman bentuk dan jenis khat.  Di zaman sirkulasi semasa ini, seni khat sebenarnya masih berkembang dan menjadi pilihan masyarakat tempatan,Cuma tidak disedari secara langsung.

Seni khat dapat dilihat dalam media seperti logo, reka bentuk grafik, dokumen peringatan, imej dalam filem, wallpaper, lukisan, sijil kelahiran, sijil kematian dan banyak lagi. Seni khat juga telah diperluas melalui rekabentuk yang terdapat pada masjid-masjid dan bangunan. Seni khat ini halus menular secara tidak disedari, namun ia tetap bergerak.  Seni khat berjaya mencuri perhatian beberapa pelukis tempatan. Antaranya , Syed Ahmad Jamal, Mohd Khalid Yusof, Idris Salam dan Omar Basaree.

Pendekatan yang digunakan juga bergantung kepada kemahiran pelukis terbabit. Misalnya syed Ahmad Jamal dan Mohd Khlaid Yusof, mereka menggunakan pendekatan abstrak ekspresionis manakala Idris Salam dan Omar Basaree memperagakannya sebagai hiasan seni bina seperti di Masjid Negara dan Kota Darul Ehsan, Selangor.  Kemeriahan menggunakan seni khat tidak begitu serius diketengahkan malah kurang menggalakkan, khusnya dalam seni catan.

Faktor persekitaran salah satu punca yang menyebabkan seni khat tidak begitu dikenali. Keadaan ini memberi kesan visual kepada masyarakat untuk memahaminya.

Seni khat jika dihayati seninya membawa masyarakat untuk meyelami makna disebalik apa yang tersirat pada seni khat itu sendiri. Seni khat sendiri mempunyai kepelbagaian seperti khat kufi, nash, thuluth, riqah dan sebagainya.  Antara penulis khat terkenal dunia ialah, Mir Emad Hassani (1544-1615) dan Hamid al-Hamidi (1891-1982).

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign