Wednesday, July 20, 2011

Akal


Tafakur memang mengajak orang naik keabstrakbi yang tinggi supaya ia turun ke bumi dengan petunjuk yang konkrit. Islam mengajar kita betapa pentingnya revolusi konseptual sebelum revolusi praktikal.

Tindakan perlu disusuli dengan fikiran, akal yang bergerak sebagai mesin fikir dalam menjalankan tindakan. Seorang muslim dituntut secara sedar dengan menggunakan seluruh potensi intelektualnya. Gesaan Al-Quran,
"Katakan apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Tidakkah mereka berfikir"
Surah al'An'am 6:5o

Oleh kerana itulah Rasulullah menyuruh umatnya menggunakan akal untuk berfikir. Penggunaan akal fikiran inilah yang menjadikan seseorang itu faham dan mengerti berkenaan sesuatu perkara. Menurut Muhammad Zakaria Al-Razi (865-925M), rahmat Allah yang tertinggi bagi manusia ialah akal. 

Semua manusia mempunyai kemampuan untuk berilmu melalui akal. Pendidikan dan bimbinganlah yang membezakan taraf pengetahuan dan kematangan diri seseorang. Al-Razi juga berpendapat bahawa akal adalah ukuran, pengendali dan pengatur sehingga manusia mengikut gerak akal. Akal umpama menjadi pengemudi bahtera di lautan kehidupan.

Perbahasan akal menjadi apparatus untuk menyerang pemikiran materialisme. Islam memberi kedudukan yang sangat tinggi kepada akal kerana akal hanya dimiliki oleh manusia dan manusia itu sendiri merupakan ciptaan terbaik Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment

Assalam. Mohon menggunakan kata-kata yang sopan dan membina. Syukran.

 
Official Website E.A.C | Concept and design by Anis Hayati - NisDesign